Jenama fesyen Charles & Keith bukanlah suatu yang asing kepada peminat fesyen urban. Ia menawarkan pelbagai koleksi stylish untuk wanita dan lelaki dan sentiasa selari dengan kehendak trend semasa.
Kini butik Charles & Keith yang telah diubahsuai telah dibuka semula kepada pelanggan setia mereka di pusat membeli-belah Fahrenheit 88. Butik baharu ini memberi nafas baru dan konsep terkini yang berkeluasan 1,688 kaki persegi.
Rekaan dalaman butik telah dibahagikan mengikut seksyen yang bakal beri pengalaman membeli-belah lebih menyenangkan. Aura gaya mewah dititipkan dalam eleman pemilihan warna kelabu dan penggunaan cahaya LED yang jimat tenaga.
Sejak dibuka pada tahun 2010, butik Charles & Keith menawarkan pilihan fesyen bertaraf tinggi kepada peminat fesyen tempatan mahupun para pelancong. Koleksi beg tangan, kasut, kaca mata dan aksesori barang kemas boleh didapati dengan pelbagai pilihan.
Kunjungi butik Charles & Keith di Fahrenheit 88, Lot G-06, Ground Floor, Kuala Lumpur.