Buds Organics kini membawa topik perbualan baharu untuk dibualkan bersama si manja ketika waktu mandian menerusi pelancaran koleksi organik ‘Buds for Kids’ dalam wajah baharu jenama itu.
Dengan penambahan dua haruman buah-buahan mandian gel iaitu Raspberry dan Tutty Fruity, produk ini dihasilkan dengan wajah baharu yang menampilkan empat karakter raksasa comel untuk menjadikan waktu mandian lebih menyeronokkan serta diingati oleh anak-anak.
Didatangkan dalam bungkusan terkini dengan menampilkan empat karakter raksasa comel yang semestinya menjadikan waktu mandian lebih menyeronokkan serta diingati oleh anak-anak.
Di mana anda boleh mendapatkan Buds for Kids?
Buds for Kids boleh didapatkan di rangkaian kedai farmasi seperti Guardian, Caring dan lain-lain farmasi. Ia juga boleh didapati di Mothercare, Robinsons, Gudang Parkson terpilih, butik-butik bayi dan jualan dalam talian.
Rangkaian penuh ‘Buds for Kids’ :
- Gel Mandian Lavender 350ml – RM51.83
- Syampu Lavender – RM66.67
- Perapi Lavender 100ml – RM42.29
- Gel Mandian Oren 350ml – RM51.83
- Syampu Oren 350ml – RM66.67
- Perapi Oren 100ml – RM42.29
- Gel Mandian Raspberi 350ml – RM51.83
- Gel Mandi Tutty Fruity 350ml- RM51.83
- Set Kembara Oren – RM27.45
- Set Kembara Lavender – RM27.45
Info lanjut, boleh ke Facebook Buds Baby.