Lepas satu, satu hal!
Terkini, pengguna media sosial di Indonesia menuduh Malaysia cuba mencuri tarian kuda kepang selepas peserta pertandingan ratu cantik Miss Grand International dari Malaysia bergambar dengan kuda kepang.
Peserta dari Malaysia, Sanjeda John bergambar dengan pakaian tradisional sambil memegang kuda kepang atau dikenali sebagai kuda lumping di Indonesia dalam satu sesi fotografi baru-baru ini.
Miss Grand International berlangsung di Vietnam pada Khamis ini sebelum berakhir pada 25 Oktober depan.
Ramai pengguna media sosial di Indonesia melahirkan kemarahan dan mendakwa kupang kepang adalah budaya asal penduduk Jawa.
Sebelum ini, Malaysia juga pernah dituduh media Indonesia mencuri budaya dan makanan negara itu termasuk batik, rendang, cendol dan lagu Rasa Sayang.
Bukan itu sahaja, seorang pereka fesyen Indonesia, Rinaldy A Yunardi menggesa kerajaan Indonesia mempatenkan semua budaya dan kesenian milik negara itu.
p/s : Dear fellow Indonesian, please relax okay!