honor Malaysia mengumumkan tentang penurunan harga pada model telefon pintar honor 6X. Bemula pada 3 Oktober model honor 6X 64GB dan 4GB RAM dijual pada harga RM999, manakala 32GB dan 3GB RAM hanya pada RM899.
Harga asal dua model ini ialah RM1,399 dan RM1,199. Ianya diperkenalkan pada Mac lalu dengan sambutan yang menggalakan. Kualiti kamera, pengesan cap jari dan penggunaan dual kad sim memberi gaya telefon pintar terkini dengan harga yang sangat berpatutan.
Menampilkan paparan telefon 5.5 inci yang penuh dan 12MP tambahan 2MP kualiti kamera yang mengagumkan. Selain itu, jangka hayat bateri yang tahan lama sehingga penggunaan 2.15 hari dari kuasa bateri 3340 mAH.
Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar honor 6X, layari www.vmall.my untuk pembelian terus secara atas talian.
Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai lagi honor http://www.hihonor.com/my/.