Martina Big, merupakan seorang wanita berkulit putih namun dia sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit (£50,000) semata-mata untuk menjadi ‘orang kulit hitam’.
Bahkan, bila ditanya usianya, dia mendakwa berusia 28 tahun sedangkan wajahnya jauh berusia. Kini, Martina membuat persiapan ke Afrika kerana mahu mempelajari kehidupan sebagai orang kulit hitam.
Obses untuk menjadi orang kulit hitam, sehinggakan dia sanggup menjemur badan ke dalam mesin ‘sunbed’ bahkan membesarkan buah dadanya sehingga saiz 32s.
“Saya gembira kerana mesin itu berhasil dan kini saya telah menjadi wanita kulit hitam. Itulah sebabnya saya akan ke Afrika pada bulan Januari tahun depan untuk mempelajari kebudayaan di sana,” katanya ketika ditemubual dalam rancangan Good Morning.
Martina juga bercadang untuk menjalani pembedahan untuk mengubah hidungnya agar kelihatan seperti orang Afrika.
Ditanya sama ada perbuatannya itu dianggap sebagai menghina orang kulit hitam, Martina menafikannya sebaliknya memberitahu dia hanya melakukan perkara itu untuk kepuasan hati.
Dia berduit sebab tu sanggup buat apa sahaja.