U Mobile berpeluang menjadi pembekal terawal yang akan menjual dan mengedarkan model telefon terkini dari Apple termasuklah iPhone 8 dan iPhone 8 Plus.
Seperti yang kita semua tahu, tarikh pengedaran sebenar iPhone 8 dan 8 Plus di Malaysia adalah bermula 20 Oktober nanti dan kini pengguna yang berminat sudah boleh mula membuat tempahan pra (pre-orde) menerusi U Mobile pada minggu hadapan, seawal 13 Oktober ini.
Tidak seperti syarikat telko lain yang menawarkan peranti tersebut bersama pelan pascabayar dan prabayar namun, ianya berbeza bagi UMobile kerana tampil dengan ansuran yang lebih memudahkan dengan menawarkan pelan -membolehkan pengguna memiliki model iPhone terkini itu dengan caj komitemen terendah bulanan.
Kaedah bayaran ansuran juga diperkenalkan bagi mana-mana pelanggan yang tak mahu membayar secara penuh yang ditawarkan kepada semua pemegang kad kredit dan bukan kad kredit melalui pilihan UPackage dan U MicroCredit.
Terdapat dalam rona Emas, Perak dan Hitam Kelabu, iPhone 8 dan 8 Plus hadir dalam saiz 64GB dan 256GB ruang simpanan. Harga yang ditawarkan untuk model telefon ini adalah dari RM3,499.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.u.com.my] atau lawat laman Facebook U Mobile di [www.facebook.com/umobile]