Susu ibu adalah sumber makanan terbaik untuk bayi. Zat dan nutrisi daripada susu ibu sememangnya bantu memelihara jangkitan penyakit terhadap bayi malah membantu pertumbuhan dan tumbesaran bayi.
Ramai tidak tahu bahawa pengambilan susu ibu adalah amat penting untuk bayi sehingga dia berumur satu tahun sekurang-kurangnya. Kepentingan susu ibu juga ada kaitan dengan koordinasi mata dan tangan bayi serta perkembangan otaknya.
Polisi Penyusuan Ibu Kebangsaan Malaysia mendedahkan, bayi seharusnya disusukan dengan susu badan untuk enam bulan pertama dan sebaik selepas umurnya menjangkau dua tahun, ibu boleh terus menyusukan si cilik dengan susu badan yang diselangi dengan pemberian makanan pepejal. Biarpun begitu, ramai ibu masih tidak tahu cara dan tertib penyusuan badan yang sebenar dan adalah lebih tertekan bagi si ibu apabila bayi tersebut tidak mahu menyusu badan.
Gina Yong, Kaunselor Penyusuan Ibu dengan kerjasama Philips ada berkongsi beberapa tips berkenaan susu ibu.
Berapa Banyak Susu Ibu Yang Bayi Perlukan Dalam Sehari?
Ibu dinasihatkan untuk mendukung dan menyusukan bayi sebaik ia dilahirkan. Ini supaya bayi tahu cara-cara menyusu dan membiasakannya dalam keadaan baru itu. Sewaktu umur bayi baru sehari, perutnya adalah sebesar buah ceri dan hanya boleh meminum lima hingga tujuh mililiter (ml) susu. Walau bagaimanapun, bayi akan cepat lapar kerana tubuhnya cepat menghadam. Beri dia susu secara berkala jika dia mahukannya.
Adakah Susu Badan Yang Pekat Elok Untuk Bayi?
Kepekatan susu ibu sebenarnya tiada hubung kait dengan khasiat. Baik pekat atau cair sekalipun, susu ibu memang mengandungi nutrisi terbaik untuk bayi. Usah risau jika susu badan anda cair sebaliknya terus menyusukan bayi seperti biasa.
Apa Makanan Terbaik Untuk Ibu Yang Sedang Menyusukan Bayi?
Pemakanan ibu yang sihat amat membantu bayi untuk dapatkan nutrisi yang lebih sempurna melalui susu badan. Ibu dinasihatkan untuk menjaga pemakanan dengan mengamalkan pengambilan kekacang seperti walnuts, almond, telur, ikan salmon dan yogurt. Cuba elak makanan yang akan beri kesan alergik agar kesihatan tubuh terjaga.
Bagimana Cara Terbaik Berkomunikasi Dengan Bayi?
Bayi akan faham jika ibu cuba berkomunikasi secara lembut dengannya. Ibu dan bapa digalakan untuk bercakap dengan bayi menggunakan nada lembut serta memanfaatkan perkataan-perkataan positif sahaja sekaligus menguatkan ikatan perhubungan antara bayi dan kedua ibu bapanya.
Apa Jadi Setelah Ibu Habis Pantang Dan Kembali Semula Bekerja?
Adalah menjadi sukar untuk ibu-ibu yang sudah kembali bekerja menyusukan bayi mereka secara sempurna. Persediaan harus dilakukan segera. Dapatkan bantuan orang lain untuk menyusukan bayi seperti mana anda menyusukan bayi pada masa yang sepatutnya dengan sistematik. Perah susu dan simpan bekalan susu secukupnya untuk keperluan bayi semasa anda di pejabat.
Kelengkapan dan perkakas susuan bayi termasuk pemerah susu ibu dari jenama Philips AVENT adalah paling berguna kerana ia dihasilkan menggunakan inovasi terkini yang pastinya lebih memudahkan si ibu biarpun sibuk dengan tugasan di pejabat.
Di Manakah tempat paling Sesuai Menyimpan Susu Badan Yang Siap Diperah?
Para ibu harus peka menyimpan stok susu bayi yang telah siap diperah pada bahagian belakang dalam peti sejuk dan jangan sesekali letakkannya di bahagian hadapan (berdekatan dengan pintu peti sejuk). Ini kerana, perbuatan membuka dan menutup peti sejuk akan menjejeskan kualiti dan suhu susu. Susu ibu boleh juga disimpan dalam peti beku (freezer) dan ia mampu bertahan sehingga satu tahun lamanya!
Walau bagaimanapun, cuba lihat kondisinya dan bau terlebih dahulu setiap kali sebelum menyusukan bayi dengan susu siap perah yang disimpan dalam peti sejuk.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.philips.com.my] atau lawat laman Facebook rasmi Philips AVENT Malaysia di [www.facebook.com/Philips.AVENT.MY].