Cuaca panas seringkali buat kita rasa dahaga dan inginkan yang sejuk-sejuk. Kalau di Malaysia cendol dan minuman ais seperti milo ais sudah menjadi kegemaran.
Bagi anda yang inginkan sesuatu yang baharu atau lebih mudah cakap mengikut trend. Makanan Korea dan Jepun telah mendapat tempat dihati ramai rakyat Malaysia. Bukan sahaja sajian utama malah pencuci mulut mereka sinonim dengan tekak orang kita.
Wanista senarai 10 restoran pencuci mulut ala Jepun dan Korea untuk anda nikmati!
#1 Kakigori
Menyediakan ais parut dengan pelbagai pilihan perisa! Menariknya pencuci mulut yang berasal dari negara Jepun inu sangat besar hingga boleh dikongsi dua atau tiga orang!
Selain itu, mereka juga mempunyai pelbagai lagi pilihan pencuci mulut ala Jepun. Kakigori kini sudah mempunyai dua restoran salah satunya di Taman Paramount, Petaling Jaya dan di The Gardens Mall.
Untuk maklumat lanjut tentang Kakigori, anda boleh follow di laman Instagram: [KLIK]
#2 P.S. Tokyo
Aiskrim yang diadun lembut pelbagai perisa ini pasti menambat mana-mana hati yang kepanasan. Lain dengan aiskrim biasa, ia sangat lembut dan pelanggan akan menerima segelas air kosong secara percuma!
Alamat: 80, Jalan SS 2/60, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Nombor Telefon: 03-74978074
Facebook: [KLIK]
#3 Haraju Cube
Memang lain dari yang lain! Ianya pencuci mulut dari kepingan roti bakar dan diisi dengan aiskrim dan buah-buahan segar.
Alamat: 103 Level 1, Empire Damansara, Damansara Perdana, Jalan PJU 8/8, 47820 Petaling Jaya, Selangor
Nombor Telefon: 03-77335973
Facebook: [KLIK]
#4 Tsujiri
Memang tak berkesempatan ke Jepun, jangan risau jenama minuman teh hijau Tsujiri boleh beri anda rasa asli sendiri teh hijau Jepun.
Menu yang disediakan bukan sahaja air teh hijau biasa, malah terdapat juga pelbagai perisa aiskrim, minuman ice blended serta kopi dan sebagainya.
Alamat: 58, Jalan SS 21/58, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Nombor Telefon: 03-77335541
Facebook: [KLIK]
#5 Nana’s Green Tea
Tidak asing lagi nama Nana’s Green Tea dikalangan peminat teh hijau. Boleh dikatakan cawangan restoran Nana’s Green Tea sudah berada banyak di Kuala Lumpur. Anda boleh mencuba pelbagai menu pencuci mulut berasaskan teh hijau disini. Selain itu, mereka juga menyediakan set makan tengahari dengan harga yang berpatutan.
Untuk mengetahui lokasi-lokasi Nana’s Green Tea berhampiran anda, layari laman Facebook Nana’s Green Tea: [KLIK]
#6 Aboong Malaysia
Comel kan? Aboong Malaysia ialah restoran pencuci mulut yang berasal dari Korea Selatan. Mereka menyediakan sejenis pencuci mulut dengan waffle kon berbentuk ikan.
Bukan aiskrim ya, tapi yogurt sejuk dengan pelbagai pilihan yang menyelerakan untuk anda makan bersama waffle. Orang biasakan makan waffle dan aiskrim atas pinggan, tap yang ini boleh dipegang macam kon aiskrim sahaja dan paling best ia menyihatkan dari yogurt!
Kini Aboong Malaysia bukan sahaja berada di Kuala Lumpur malah di negeri Pulau Pinang pun dan ada. Untuk lokasi Aboong Malaysia, layari laman rasmi Facebook: [KLIK]
#7 Hanbing Korean Dessert
Sensasi sejuk dari ais parut pelbagai perisa tambahan ala orang Korea. Pilihan rasa buah-buahan, aiskrim dan manisan memang buat tekak rasa tergugat bila tengok pencuci mulut ini.
Selain itu, menu makanan tengahari dan malam juga tersedia. Semestinyalah dari aneka makanan Korea juga!
Alamat: 33, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
Nombor Telefon: 03-22020238
Facebook: [KLIK]
#8 Sul So Dam Korean Dessert Cafe
Menu pilihan ais parut Bingsu Korea dan paling mendapat perhatian ialah Melon Bingsu iaitu Bingsu dengan buah tembikai susu.
Alamat: 57000, 145-167, Jalan Radin Bagus, Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur
Nombor Telefon: 03-96547273
Facebook: [KLIK]
#9 Caffe Bene
Caffe Bene Malaysia ialah rangakaian kedai minuman asal Korea Selatan yang menyediakan pelbagai minuman kopi. Anda boleh cuba bingsu dari Caffe Bene yang berperisa kopi dan banyak lagi hidangan sampingan yang manis-manis!
Caffe Bene kini mempunyai lebih dari 5 cawangan di Kuala Lumpur dan Melaka. Nak tahu lokasi Caffe Bene? Layari laman Facebook Caffe Bene: [KLIK]
#10 Korean Cafe Beans N Beans
Sama seperti kafe Korea yang lain, Beans N Beans juga menyediakan pelengkap pencuci mulut seperti ais parut bingsu, kopi dan hidanngan makanan Korea.
Alamat: Damansara Utama Jaya Selangor, 107, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Nombor Telefon: 03-77328288
Facebook: [KLIK]