Grace Kelly adalah ikon kecantikan yang abadi. Kening yang kemas, bibir sentiasa merah, fesyen yang segar, segalanya tentang beliau kelihatan sempurna!
Benarlah peribahasa lama “Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi”, di sini cucu mendiang Grace Kelly, Camille Gottlieb menarik perhatian ramai kerana miliki wajah seiras neneknya.
Dengan miliki bibir mungil, kulit porselin dan bermata biru, dia tak ubah seperti neneknya yang terkenal dengan kecantikan semulajadi.
Walaubagaimanapun, baru-baru ini, gadis 19 tahun itu mencuri tumpuan netizen apabila fotonya bergambar seperti Grace Kelly hangat diperkatakan. Foto di mana dia meletakkan rokok di hujung bibir mendapat kecaman hebat bahkan membanding beza personalitinya dengan nenek.
Netizen kurang tertarik dengan tabiat merokoknya di usia muda, ini antara komen mereka;
“Kamu cantik dan muda.. tetapi benda di dalam mulut itu sangat menjijikkan..”
“Sangat cantik tetapi rokok agak keterlaluan..”
“Rokok tidak menarik dan akan memendekkan kehidupan anda..”
“Kenapa anda mahu merosakkan diri anda. Sangat menjijikkan. Saya rasa nenek anda akan jijik jika tahu anda merokok..”
Terlalu banyak komen negatif di laman sosial Instagram gadis muda yang miliki lebih daripada 27K pengikut.
Mungkin gadis ini nak ‘menghidupkan watak’ Grace Kelly, tapi tanpa sedar aksinya kurang senang di mata netizen apatah lagi dia masih muda belia untuk merokok.
Nak buat macam mana dah namanya cucu ikon sepanjang zaman jadi setiap tingkah laku akan diperhati.