Kecoh bila pihak Istana Britain mengumumkan Kate Middleton dan Putera William bakal menimang cahaya mata yang ketiga. Berita itu mendapat liputan seluruh dunia dan sudah pastinya anak kedua mereka Puteri Charlotte akan digelar sebagai kakak!
BACA: Tahniah! Kate Middleton Sah Hamil Anak Ketiga
Puteri Charlotte atau nama penuhnya Charlotte Elizabeth Diana baru sahaja menginjak usia dua tahun pada Mei lalu. Si comel ini sering berada didakapan bonda malah mereka juga tampil sedondon apabila menghadiri sebarang majlis formal atau kasual.
Jom lihat 8 momen ibu-anak ini, pasti buat kita semua makin jatuh hati dengan keluarga diraja ini…
#1 Julai 2015 – Hari pembaptisan Puteri Charlotte, warna krim lembut jadi pilihan mereka berdua ?
#2 Jun 2016 – Bukan sahaja warna pakaian yang sama, malah cara penggayaan aksesori rambut kemas rapi diselit sebelah kanan.
#3 September 2016 – ? Senada dalam tona biru ketika tiba di Lapangan Terbang Victoria, Kanada
#4 Disember 2016 – Menyambut hari Krismas ❄️ dengan warna trio merah hati, biru gelap dan ungu
#5 Mei 2017 – Rona coklat lembut untuk majlis perkahwinan Pippa Middleton
#6 Jun 2017 – Padanan merah jambu yang menarik perhatian ramai! Sedondon sangat di acara Trooping the Colour ?
#7 Julai 2017 – Harmoni dalam warna biru ketika menghadiri lawatan di Poland
#8 Julai 2017 – Merah jambu dan ungu, ? dua gabungan warna yang paling secocok
Ingat lagi tak bila anda sedondon dengan ibu anda? Penulis ketika hari raya Aildilfitri dua tahun lepas. Hehehe