Jennifer Lopez nampak mengucapkan selamat tinggal kepada tempat asal usulnya, Bronx dan bakal berpindah ke Los Angeles selepas beliau bertindak menjual penthouse mewah di New York dengan harga $26.95 juta.
Jom lihat penthouse mewah miliknya!
Penthouse mewah dengan keluasan 6,540 kaki persegi di tingkat kelima dan keenam yang menghadap ke Madison Square Park mempunyai empat bilik tidur dan enam bilik mandi dan teres 3,106 kaki persegi. Sistem pemanasan rumah, lampu dan muzik kesemuanya dikawal melalui iPhone atau iPad.
Untuk hiasan dalaman, skema warna kebanyakannya terdiri daripada dinding putih, lantai kayu pucat dan perabot tona neutral dengan percikan kayu gelap.
Rumah ini juga mempunyai ruang makan formal dan ruang tamu dan beberapa tempat untuk berehat. Terdapat juga sebuah bilik dobi dan bilik kakitangan yang juga digunakan sebagai pejabat.
Kondominium yang menghadap ke Madison Square Park hanya mempunyai empat unit. Penduduk berprofil tinggi lain termasuk Chelsea Clinton dan pemandu NASCAR, Jeff Gordon.
Penthouse mewah dengan rekaan minimalis, menarik sekali!