Seram kan bila dapat tahu Kylie Jenner pada umur 15 tahun telah membuat suntikan bibir untuk kesan bibir mungil. BACA: Baru 15 Tahun Kylie Jenner Sudah Suntik Bibir Kerana…
Ramai lagi wanita diluar sana yang kini tidak ragu-ragu ke klinik kecantikan semata-mata untuk mengubah rupa mereka kepada bentuk yang diinginkan. Ada yang berjaya dan ada yang juga gagal dalam percatuan mereka untuk menjadi cantik. Sanggupkah anda hidup dalam keadaan plastik selamanya?
Iya, tidak dinafikan..wanita yang mempunyai bibir penuh atau mungil memang sentiasa menjadi tarikan. Lebih lagi kalau dioles lipstik, memukau mata yang memandang dan paling penting warna lipstik terus sahaja menonjol!
Anda memang nak bibir mungil mencederakan diri sendiri? Apa kata anda cuba glos lip plumper yang mula banyak dijual di rangkaian jenama-jenama kosmetik.
Apa itu glos lip plumper?
Ianya seperti glos bibir tanpa warna, berkesan untuk membesarkan bibir. Produk ini hanya untuk kesan sementara tapi hati-hati ada diantara produk glos lip plumper boleh membuatkan kulit bibir mengelupas dan iritasi.
Tonton Review Too Face Lip Injection Extreme
Cara guna glos lip plumper?
Bersihkan bibir dengan tisu basah kemudian oles lip plumper dan biarkan selama beberapa minit. Ada pengguna berpendapat merasa rasa sedikit tegang dibahagian bibir dan anda lihat keberkesanannya.
Namun jangan keliru, barangkali anda ingat kesan glos ini bertahan selama sehari tapi sesetengah darinya hanya beri kesan 30 minit hingga 1 jam. Jadi anda terpaksa untuk reapply untuk kesan berpanjangan dan kemungkinan bibir anda berasa pedih dan tidak selesa.
Wanista syorkan untuk tidak menggunakan glos lip plumper setiap hari dan jangan lupa sapu lip balm untuk merawat.
Jika di barat penggunaan glos lip plumper jadi trend sejak 2 tahun lalu, seperti biasa orang Malaysia baru nak kenal dengan glos ini.. Jadi untuk anda yang memang teringin untuk mencuba glos lip plumper ini, anda boleh dapatkan dari jenama Too Faced atau Lord Cosmetics.
Too Faced Lip Injection, RM82 [BELI]
Lord Cosmetics Lord Plumper, RM37 [BELI]
Tak salah kan kalau sesekali mencuba bibir bak Kylie Jenner. Hehehe…