Neubodi, sebuah jenama tempatan pakar pakaian dalam, telah secara rasminya melancarkan kempen Bra Drive “SUMBANG. SOKONG. KITAR SEMULA” yang akan dijalankan selama sebulan sehingga 5 November, sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Antarabangsa.
Serahkan bra yang terpakai atau bra yang tidak dimahukan lagi ke “Bank Bra” kami di mana-mana cawangan Neubodi di serata negara dan kami akan menyumbangkan barangan tersebut kepada mangsa pemerdagangan seks, untuk membolehkan mereka diterap masuk kembali kepada masyarakat sambil memperoleh rezeki dengan menjual bra terpakai.
Untuk memastikan tiada tekstil terbuang, bra yang tidak sesuai untuk disumbangkan akan diambil oleh rakan strategik kami, Life Line Clothing Malaysia. Menggunakan teknologi tersendiri, bahan mentah seperti spandex, nilon, wayar besi dan plastik akan ditukarkan menjadi bahan bakar pepejal yang boleh diguna semula, yang biasanya digunakan untuk penjana dan dandang perindustrian.
Golongan yang akan memperoleh manfaat daripada inisiatif SUMBANGAN ini adalah komuniti-komuniti di Malaysia, Kemboja, Nepal, India dan Afrika termasuk golongan yang hidup dalam kemiskinan, di mana bra merupakan barangan yang amat diperlukan – bagi tujuan keselesaan dan keyakinan.
Maklumat lanjut tentang Bra Drive “SUMBANG.SOKONG.KITAR SEMULA” Neubodi 2017, yang berakhir pada 5 November, boleh didapati di laman Facebook Neubodi.