Buat pertama kalinya, Kate Middleton tampil di hadapan orang ramai sejak beberapa minggu memerapkan diri kerana gejala “morning sickness”di awal kehamilan ketiganya yang diumumkan penghujung Ogos lalu.
Kate Middleton menemani suami, Prince William dan adik iparnya, Prince Harry, untuk menghadiri sebuah resepsi di Buckingham Palace bagi meraikan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia semalam.
Kelihatan rapi dan manis seperti biasa, Kate menyarungkan dress renda berpotongan midi rona biru!
Ternyata beliau kelihatan tenang saat ketibaannya bersama suami sambil ditemani Prince Harry di istana manakala perutnya yang masih kecil telah kelihatan. Khabarnya, usia kandungan masih awal dan belum sampai 12 minggu.
Menurut laporan The Sun, sejak di awal kehamilan, Kate Middleton menghidap Hyperemesis Gravidarum iaitu gejala sakit pagi (morning sickness) yang teruk sehingga menyebabkan beliau muntah-muntah secara berterusan hampir setiap hari. Berikutan itu juga, Kate telah terlepas banyak acara termasuklah hari pertama kemasukan anak sulungnya, Prince George ke sekolah sekitar September lepas.
BACA: Prince George Sedikit Gementar, Hari Pertama Masuk Sekolah