“So I’m supposed to keep dying, until I figure out who my killer is…”
Gemarkan genre misteri? Filem Happy Death Day akan merangsang sel-sel otak penonton untuk berhubung secara lebih konsisten. Dari awal hingga akhir, minda dan jiwa anda pasti dahagakan jawapan siapakah pembunuh yang menjadi dalang disebalik pembunuhan misteri melibatkan seorang gadis bernama Tree Gelbman ini.
Tonton Trailer Happy Death Day
Klise. Itu perkataan pertama yang muncul di benak fikiran penulis selepas pertama kali menonton trailer filem ini dan begitulah juga reaksi penulis saat 10 minit pertama berada di dalam panggung.
Sukar sebenarnya untuk menjelaskan perasaan penulis kerana secara keseluruhan, jalan cerita yang dipamerkan sebenarnya agak hambar tetapi masih ada keunikan tersendiri membuatkan penonton berasa teruja.
Happy Death Day adalah sebuah cerita seram/misteri dan aksi yang santai, tidak berat dan tidak membuatkan penonton bosan sedikit pun biarpun babak yang ditayangkan adalah babak yang sama berulang kali berkisarkan Tree yang dibunuh kejam lalu harus mengulangi hari pada tarikh ulang tahun kelahirannya yang sama demi mengetahui siapakah pembunuhnya yang sebenar.
Tree adalah seorang pelajar Universiti yang berubah secara drastik menjadi nakal dan liar selepas kematian ibunya. Hari demi hari Tree mati dan hidup kembali menyelesaikan misteri pembunuhan dirinya sendiri dan dalam masa yang sama meneka suspek-suspek berpotensi.
Dia yang juga merupakan salah seorang ahli sororiti Sigma Kappa itu sebelum ini banyak membuat onar terhadap orang lain menjadikan jumlah suspek berpotensi (yang mungkin berdendam dengannya) semakin ramai sekaligus merumitkan keadaan. Sedikit petunjuk, expect the unexpected kerana orang yang dianggap paling baik dengannya itu adalah pembunuh sebenar!
Tidak dinafikan, permulaan cerita agak ‘kosong’ tetapi semakin lama cerita itu menjadi semakin menarik didorong oleh watak protagonis yang dipegang oleh Jessica Rothe serta Israel Broussard sebagai Carter Davis.
Secara keseluruhan, filem ini adalah straight forward, tidak membebankan penonton dan boleh tahan lucu kerana ada juga diselit beberapa dialog sinis dan babak kelakar untuk menyalurkan kepuasan kepada penonton.
It’s a YAY kerana filem ini menarik dari segi jalan penceritaannya namun penulis tak rasa ia cocok untuk dikelaskan di bawah genre seram kerana tiada langsung elemen ‘seram hantu’ yang diselitkan dalam plot… melainkan hanyalah perasaan ngeri, kejutan dan suspen semata-mata, penulis beri ⭐⭐⭐☄ (tiga setengah). Kalau ikut logik akal, siapa yang tak ngeri bila tahu diri boleh mati dan hidup semula secara berturut-turut ibarat kucing yang ada sembilan nyawa kan?
Tambahan pula, ada moral positif di pengakhiran cerita yang mengajak penonton untuk bermuhasbah diri serta percaya bahawa dalam sesebuah kecelakaan yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Oh well, that’s the best part of it!
Kekurangan filem ini? Motif pembunuhan agak kurang jelas manakala identiti si pembunuh juga tidak dibentangkan secara strategik membuatkan penonton menjadi bingung seketika mempersoalkan who, when, where, what, why and how (5W1H). ?
Penuh dengan kejutan yang bakal buat anda kata “Serius lah?”, Happy Death Day akan mula ditayangkan di seluruh pawangan Malaysia bermula esok!
PS. Korang mesti terkejut bila dapat tahu siapa individu di sebalik topeng tu. Hanya yang bijak boleh meneka dengan tepat!
Selamat berteka-teki! ❤️