Ikonik? Ikonik bermaksud suatu ‘kuasa’ atau perkara yang menjadi satu tanda ingatan tentang personaliti individu. Ia sama juga dengan trendsetter, perkara atau individu yang memulakan sesuatu trend. Jadi perkara yang menjadi trend selalunya berakhirnya dengan ikonik.
Beruntung siapa yang memulakan trend, nama mereka mula akan naik dan kemudian biasanya akan dicop sebagai pembawa trend. Para selebriti antaranya yang biasa memulakan apa jua jenis bentuk trend ikutan dan sehingga menjadi gelombang dunia atau industri fesyen tempatan.
#1 Rozita Che Wan
Kecoh bila gambar bersalin Che Ta tersebar ketika melahirkan Aaisyah pada 3 tahun lalu. Mana taknya tengah sakit bersalin Che Ta lengkap bersolek dan memakai bulu mata palsu. Sekarang bila siapa pakai bulu mata palsu pasti terasa diri vogue bak Che Tak. Betul tak?
#2 Kim Kardashian
Goddes… Dewi dunia solek lebih lagi dalam karya contouring. Tapi tahukah teknik contouring bukan dicetuskan oleh Kim K? Ia berasal dari teknik drag queen untuk membuat pementasan tetapi diperkenalkan secara umum oleh Kim K. Kini Kim K juga ligat menjalankan bisnes kosmetik dengan memperkenalkan produk khas untuk teknik contouring KKW Beauty. Muka runcing dan tirus boleh dikecapi hanya dari teknik contouring. Thanks Kim K!
#3 Song Hye Kyo
Aktres top Korea Selatan dan bakal berkahwin hujung Oktober ini menjadi ikon kecantikan untuk wanita yang menginginkan kulit bersih dan plumpy sepertinya. Bila sebut kulit bersih pasti bayangan wajah Song Hye Kyo yang muncul dahulu.
#4 Adele
Nak dapat mata bundar bak Adele memang tidaklah tapi signature eyeliner menjadi kegilaan ramai. Kemana sahaja Adele akan bawa ukiran eyeliner, dikulit album, acara karpet merah literally everywhere! Cuba anda buat kemasan eyeliner pasti akan ada yang menegur ‘tiru Adele eh?’.
TUTORIAL: Jom Belajar Mekap Ala Adele Dalam Muzik Video Hello
#5 Neelofa
Punyai kerjaya yang berjaya, cantik dan idola untuk fesyen berhijab. Everything! Ya, Neelofa adalah everything termasuklah sepatu yang sering dipakainya iaitu tumit tinggi dari Christian Louboutin. Neelofa tidak lokek berkongsi #ootd di laman Instagram dan perkara pertama yang mendapat perhatian peminatnya ialah sepatu tinggi Christian Louboutin miliknya.
JOM IKUT: Tips Fesyen 101! Jom Bergaya Ikut Cara Neelofa
#6 Taylor Swift
Bentuk bibir Taylor Swift pernah dinobatkan bentuk bibir paling cantik di dunia. Pilihan gincu merah tidak pernah padam di bibirnya, mungkin kerana merah dan ungu adalah warna kegemarannya. Bintang pop remaja ini tidak takut-takut memakai warna klasik merah dan akhirnya membuat warna merah adalah warna ikonik miliknya.
BACA: Bibir Taylor Swift Paling Seksi, Jadi Idaman Semua Wanita
#7 Kylie Jenner
Uh oh! Walaupun ramai kata plastik, tidak semulajadi tapi jangan terkejut bibir mungil ‘plastik’ Kylie Jenner membuatkan ramai mungil mendapatkan suntikan filler bibir. Swafoto Kylie memang sempurna dengan bentuk bibir mungil yang menarik dan seksi. Jenama lipstik Kylie juga laris kerana bibir mungil Kylie Jenner!
#8 Saloma
Si manis dan penambat hati lagenda P.Ramlee iaitu Primadona Saloma ternyata ikon fesyen negara yang tidak lapuk ditelan zaman. Fesyen berbaju kebaya, baju peplum dan lengan kembang serta beropol antara trend meledak di Malaysia. Ianya antara fesyen popular dan melambangkan keayuan wanita Melayu. Giituuhhh!
Antara lapan dari mereka diatas yang mana anda memang ikut sebagai penampilan harian? Penulis dari Kim Kardashian dan Saloma!