Seperti biasa, pantang ada masa lapang, penulis memang gemar menonton video kompilasi pertunjukan fesyen di Youtube. Rasa seronok dan selalu cuba membayangkan andai diri dapat berjalan megah di pentas-pentas runway sambil menggayakan karya fesyen mahsyur dari Dolce & Gabbana, Giambattista Valli mahupun Chanel. “Indahnya hidup jika dapat menjana pendapatan dengan cara glamor sebegitu”, bisik hati penulis.
Tiba-tiba, terlihat cadangan video di bahagian kanan skrin… 24 Hours of Fashion Week with Lucky Blue Smith for Balmain??? Tanpa berfikir panjang, terus penulis klik untuk melihat isi video tersebut.
Tonton Rutin Lucky Sewaktu Memperaga Untuk Balmain Di Minggu Fesyen Paris
Tecegang sebentar. His voice is so charming… Hati penulis terus berbunga-bunga ingin mencari maklumat lanjut dan mahu tahu lebih banyak tentang model kacak Lucky Blue Smith!
Jom kenali siapa model kacak ini!
#1 Lahir Pada 4 Jun 1998
Percaya atau tidak, Lucky Blue Smith baru sahaja berusia 20 tahun!
#2 Bakat Modelnya Diasah Sejak Berusia 12 Tahun
Berasal daripada sebuah kota kecil dari daerah Spanish Fork, Utah, Lucky memulakan karier ketika umurnya baru 12 tahun apabila wajahnya terpilih untuk dipamerkan dalam Vogue Homme Japan.
Sejak dia menandatangani perjanjian dengan agensi Next Management, dia bersama seluruh ahli keluarganya berpindah ke Los Angeles.
Diawal kemahsyurannya, dia pernah mewakili jenama fesyen berprestij seperti Tom Ford, Calvin Klein dan berjalan di pentas runway untuk Versace, Marc Jacobs serta Dolce & Gabbana.
#3 Mewarisi Bakat Ayah & Ibunya!
Ibunya, Sheridan adalah seorang bekas peragawati manakala bapanya, Dallon pula adalah seorang pemuzik. Jadi tidak mustahillah jika Lucky sendiri berbakat dalam bidang peragaan sekaligus mewarisi kepakaran bermain alat muzik seperti drum.
Untuk pengetahuan semua, Lucky mempunyai band sendiri yang diberi nama The Atomics. Band itu ditubuhkan bersama kakak-kakaknya.
#4 Mula Dikenali Ramai Sejak Menukar Warna Rambut
Kariernya berkembang dan semakin dikenali sejak dia menukar warna rambutnya kepada rona perang platinum selepas mendapat nasihat daripada agensi pemodelan yang diwakilinya.
#5 Anak Tunggal Lelaki Dalam Keluarga
Lucky bukan sahaja anak lelaki tunggal dalam keluarganya, bahkan dia juga adalah yang paling bongsu!
#6 Mempunyai Kakak Yang Juga Model
Daisy, Pyper & Starlie adalah tiga orang kakaknya di mana, masing-masing merupakan peragawati dan ahli kumpulan untuk band The Atomics yang turut disertainya.
#7 Gemar Bermain Papan Luncur
Seperti remaja lelaki yang sebaya dengannya, selain suka bermain muzik Lucky juga gemar bermain papan luncur (skate board).
#8 Pernah Berlakon Dalam Filem
Memegang watak sebagai Bridger Jenkins untuk sebuah filem romantik berjudul “Love Everlasting” yang diterbitkan tahun lalu.
#9 Tidak Suka Rona Merah Jambu
Biarpun Lucky merupakan seorang lelaki metroseksual, dia tidak akan sekali-kali memadankan baju warna merah jambu bersama seluar senada.
#10 Tak Boleh Hidup Tanpa Skinny Jeans Hitam
Biarpun dilabel sebagai “It Boy” abad ini, dia lebih senang mengenakan pakaian ringkas bersahaja.
Lucky pernah ditemu bual dan dia menyatakan bahawa antara fashion staple kegemarannya adalah padanan jaket bersama baju-T dan skinny jeans hitam.
#11 Sudah Mempunyai Seorang Anak!
https://www.instagram.com/p/BNlLcdbAzAd/?taken-by=luckybsmith
Sekitar 2015, dia mengejutkan media dengan kehadiran seorang gadis bernama Stormi Bree.
Tidak lama selepas itu, berita Stormi sedang mengandungkan anaknya tersebar meluas dan menjadi buah mulut netizen.
https://www.instagram.com/p/BZR8161gNL8/?taken-by=luckybsmith
#12 Teman Wanitanya Juga Seorang Model
Stormi Bree, 26, juga adalah seorang model dan penyanyi sambilan.
Mereka baru sahaja menimang cahaya mata perempuan yang dilahirkan 26 Julai lalu dan diberi nama Gravity.
https://www.instagram.com/p/BXCVYNKAXdN/
#13 Stormi Bree Adalah Bekas Ratu
Tubuh lampai serta raut wajahnya yang seksi menguatkan lagi fakta mengapa dia pernah dinobatkan sebagai ratu Miss Teen USA sewaktu mewakili daerah Tennessee pada tahun 2009.
Stormi Bree bersama teman lelaki dan ayah kepada anaknya, Lucky Blue Smith
Jealous enough? ❤