Filem sains fiksyen yang berkisarkan sains kaji cuaca yang biasa melekat dibibir penonton ialah 2012. Filem epik dengan rentetan kemusnahan dunia kerana bumi menghampiri akhir hayatnya. Berbeza dengan filem Geostorm arahan baru Dean Devlin selepas Independence Day yang lebih kepada peningkatan teknologi dalam dunia angkasa yang kononya dicipta untuk menjaga keamanan dunia dari kemusnahan alam semulajadi.
Tonton Trailer Geostorm 2017
Jake Lawson (Gerard Butler) pencipta Budak Belanda atau Dutch Boy iaitu sebuah pangkalan satelit yang menjaga beribu satelit yang lain sebagai pengawal cuaca buruk yang bakal berlaku pada sesebuah negara. Namun segalanya berubah apabila Budak Belanda diambil alih pusat kerajaan untuk kawalan sepenuhnya. Jake kecewa dengan tindakan adiknya, Max Lawson (Jim Sturgess) seolah menikam belakangnya. Namun setelah tiga tahun berlalu tanpa Jake menjaga Budak Belanda sedikit demi sedikit berlaku lencongan dalam sistem Budak Belanda tanpa disedari lain.
Walaupun ia filem sains fiksyen tapi penulis dahagakan aksi-aksi merbahaya tapi Geostorm kurang menyengat dari segi aksi dan ada ketika punchline lawaknya agak kurang sampai. Grafik angkasa dan kemusnahan dunia yang direka berkesan dihati penulis. Lebih-lebih lagi ketika berlaku gelombang panas di Hong Kong, pecutan kereta yang mengelak dari runtuhan bangunan seolah-olah anda turut berada didalam kereta tersebut.
Terkesima melihat gelombang lautan, manusia beku ditengah padang pasir tapi bagi penulis tidak cukup dan mahu lagi babak-babak grafik yang melibatkan kemusnahan Geostorm. Namun elemen moral dan kekeluargaan dalam filem ini patut diberi pujian kerana mengajar penonton tentang tanggungjawab, tolak ansur dan kepercayaan.
Jika anda mengikuti perkembangan politik negara Amerika Syarikat pasti dapat terasa elemen ‘jajahan Donald Trump’ dan kontroversi imigrasi Mexico siapa dapat tangkap jer tau.
Perlu ke pergi tonton? Ya, bagi penulis filem ini wajib ditonton untuk beri pengalaman baru dalam filem sains fiksyen berteraskan teknologi. Kehebatan dunia satelit bakal buat anda terfikir ‘eh, hebatnya kecanggihan Budak Belanda ini’. ⭐️⭐️⭐️⭐️ penulis beri kepada Geostorm kerana buat penulis rasa tidak puas dan inginkan lagi filem sebegini dan beri bayangan pengetahuan teknologi satelit yang luar biasa hebat.
Logikkah kita untuk menolak kuasa alam semulajadi?