Secara umumnya ramai tahu tentang kewajipan orang Islam melaksanakan lima dari Rukun Islam iaitu berpuasa pada bulan Ramadhan. Berpuasa menahan lapar dari terbit matahari hingga terbenam matahari, namun ada yang menyangka berpuasa ialah langsung tidak makan selama 1 hingga 3 hari. Itu bukan berpuasa itu hampir mencederakan diri sendiri.
Konsep puasa telah popular sejak kebelakangan ini setelah banyak keluar teori dan manfaat kesihatan yang positif yang dapat melalui berpuasa. Kini tidak kiralah, orang Muslim atau bukan muslim, ramai yang sudah mula berdiet dengan cara puasa.
Kenapa agaknya puasa kini semakin diterima? Jom ketahui 10 fakta manfaat berpuasa…
#1 Cara selamat turunkan berat badan
Berpuasa dalam beberapa jam boleh membakar lemak badan lebih efektif dari diet biasa. Menariknyan diet puasa menggunakan lemak sebagai tenaga berbanding gula. Kebanyakan atlet kini berpuasa untuk mendapatkan kadar lemak badan yang rendah.
#2 Membaiki kadar insulin
Kadar insulin menjadi lebih positif, dimana insulin menjadi lebih efektif dengan memberi glukos dari dalam darah.
#3 Tingkatkan metabolism
Apabila berpuasa sistem penghadaman kurang bekerja jadi secara tidak langsung ia membakar kalori dan meningkatkan kadar metabolism. Sistem penghadaman yang lemah beri efek kepada metabolism yang susah untuk membakar lemak. Berpuasa juga memperbaiki sistem penghadaman dan pergerakan usus.
#4 Panjangkan umur
Percaya atau tidak, dari kesan metabolism yang baik ia boleh memberi jangka hayat yang panjang. Jadi semakin kurang anda makan (berpuasa), semakin baik sistem penghadaman dan metabolism badan bekerja dengan baik.
#5 Boleh kawal rasa lapar
Sebenarnya badan kita mampu menahan lapar sehingga 24 jam! Berpuasa beri signal pada badan rasa lapar yang tepat. Fikirkan tentang butang reset, begitulah apabila berpuasa ia akan memperbaiki semula tentang masa lapar yang sesuai.
#6 Memperbaiki cara pemakanan
Bagi mereka yang mempunyai masalah tentang pemakanan, berpuasa mampu membetulkan semula corak masa makan anda mengikut kesesuaian gaya hidup anda.
#7 Meningkatkan fungsi otak
Otak menjana protein dipanggil brain-derived neurotrophic factor (BDNF) kesan dari berpuasa. Sel BDNF menghasilkan neuron baru dan mempertingkatkan kimia untuk kesihatan otak. Protein ini juga melindungi sel otak dari bahaya Alzheimer dan penyakit Parkinson.
#8 Imunisasi badan bertambah baik
Meningkat sistem imunisasi kerana ia boleh mengurangkan dari kerosakan radikal bebas, penyakit radang dan pertumbuhan sel kanser.
#9 Minda lebih tenang
Apabila berpuasa keadaan mental boleh menjadi lebih tenang dan fokus untuk melakukan sesuatu aktiviti.
#10 Kulit semakin cantik
Berpuasa boleh mencuci segala toksik terkumpul didalam badan dan juga organ secara tidak langsung menghapuskan toksik penyebab kulit kusam, jerawat dan sebagainya.
Dah ganti puasa belum?