Tinggal kurang dari 2 minggu lagi pasangan kekasih Song Joong Ki dan Song Hye Kyo akan mengangkat sumpah sebagai pasangan suami isteri. Pasti banyak persiapan telah dilakukan dan bukan sahaja Song Song Couple sahaja yang meniti hari, para peminat mereka juga jadi semakin teruja untuk menunggu tarikh 31 Oktober 2017.
Walaupun sibuk dengan aktiviti kerjaya, nampaknya hero dan heroin drama Descendants of the Sun masih mempunyai masa terluang bersama untuk menghadiri teater muzikal rakan selebriti, Ok Joo Hyun yang juga pelakon dalam filem My Girl and I bersama Hye Kyo pada 2005.
Lebih menarik lagi, Ok Joo Hyun akan membuat persembahan di majlis perkahwinan Song Song Couple. Ternyata persahabatan mereka sangat akrab dan Joo Hyun bakal menyanyikan sebuah lagu sebagai ucapan tahniah kepada pasangan ini.
Lihat gambar comel Song Song Couple dan Ok Joo Hyun yang telah dikemaskini oleh Joo Hyun sendiri selepas persembahan teater muzikalnya berjudul ‘Rebecca’.
https://www.instagram.com/p/BaIRnmunUnW/
Jarang peminat dapat melihat pasangan merpati dua sejoli ini gambar bersama selepas pengumuman mereka tentang perkahwinan. Jadi gambar dari Ok Joo Hyun sudah pasti merawat rindu hati peminat mereka. Terpancar wajah bahagia Joong Ki dan Hye Kyo bukan?!