Nampaknya Beyonce kembali berkeyakinan kerana berani memuat naik foto penuh dirinya di Instagram baru-baru ini.
Seperti yang kita semua tahu, penyanyi 36 tahun ini selamat melahirkan sepasang anak kembar yang diberi nama Rumi dan Sir Carter empat bulan lalu menerusi pembedahan C-Section dan kini bentuk badannya telah kembali cantik!
Menurut laporan E! Online, Beyonce ada mengamalkan rutin kesihatan khas ketika dalam pantangnya. Ternyata cara itu berhasil untuk mnegembalikan bentuk badan aslinya.
Tonton Beyonce Tayang Bentuk Badan Baru Selepas Empat Bulan Bersalin…
Sebagai rutin senaman, sumber terdekat memberitahu bahawa Beyonce ada menyertai kelas mengayuh basikal yang dihadirinya beberapa kali dalam seminggu sebaik beliau sembuh dari kesan pembedahan. Beliau juga ada mengupah seorang jurulatih untuk membimbingnya bersenam di rumah agar berat badan dapat diturunkan secara startegik dan tidak keterlaluan.
Beyonce naik berat badan ketika hamil anak kembar…
Bukan itu sahaja, pemakanan dan diet juga dikawal bahkan Beyonce sendiri mempunyai seorang tukang masak khas yang sememangnya akan bantu menyediakan hidangan dan sajian sihat berasaskan sayuran. “Beliau mengamalkan diet sayuran,” jelas sumber.
Segala usaha yang dilakukan sepanjang emapt bulan telah menampakkan hasil dan kini Beyonce sudah mula memperlahankan dietnya sekaligus tidak terlalu mamaksa atau menekan diri untuk terus bersenam keras seperti dahulu.
“Beyonce amat gembira kerana berjaya mendapatkan bentuk badannya kembali dan selesa dengan dirinya sekarang.”
Walau bagaimanapun, beliau masih lagi meneruskan kelas mengayuh basikal tetapi tidak sekerap dahulu.