Bermula 12 Oktober 2017, musim terbaharu program realiti telvisyen kegemaran ramai, Asia’s Got Talent kini kembali untuk menghiburkan penonton dengan seleksi bakat unik yang dipilih dari seluruh 15 buah negara serata Asia bagi bertanding dan merebut gelaran juara!
Tonton Persembahan ADEM Dance Crew Yang Mendapat Pujian Hebat Dalam Episod 1 Asia’s Got Talent Musim Ke-2
Musim ini, lebih banyak keistimewaan yang akan ditampilkan, penuh debaran untuk menarik keterujaan penonton yang bakal diadili oleh tiga orang juri tetap termasuklah Anggun, David Foster dan Jay Park manakala, Alan Wong pula akan mengacarakan Asia’s Got Talent musim Ke-2 ini bersama Justin Bratton.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.axn-asia.com/asiasgottalent] atau lawat saluran Youtube rasmi Asia’s Got Talent di [www.youtube.com/user/asiasgottalent]