Tiada siapa akan lupa zaman kegelapan Miley Cyrus semasa putus tunang dengan Liam Hemsworth. Bumi seolah terbalik apabila melihat Miley muncul dengan pakaian menjolok mata dan kebanyakan haters mula memanggil beliau dengan gelaran ‘perempuan murahan’.
Bayangkan selama hampir 3 tahun, Miley sentiasa menjadi tajuk utama berita hiburan, lebih lagi ketika melakukan persembahan atau konsert. Ada sahaja aksi kurang senang dilakukannya..
BACA: 3 Perkara Paling Teruk Dilakukan Miley Cyrus Sepanjang MTV EMA 2013
Namun kini setelah berdamai semula bersama Liam, Miley dilihat kembali kepada dunia beliau yang asal. Paling menarik bila Miley mula berfesyen semula dengan gaya koboi dan retro seperti dirinya yang dahulu. Bersesuaian dengan album terbaru miliknya ‘Younger Now’.
Jom kita lihat penampilan terbaru milik gadis 24 tahun ini..yang pastinya ia sangat comel dan retro!
Untuk mendapat gaya retro apa yang perlu ada ialah pakaian dari jenis renda dan ropol. Lihat baju yang dipakai Miley pasti dititip renda, ropol dan warna-warna pastel.
Fabrik corak checkered pattern dan ropol
Top beropol
Corak bunga dan warna pastel
Ikatan bandana di leher dan rambut
Comel jer kan tengok Miley sekarang! Biasalah hidup seorang manusia ada masa turun dan naik. Berharap Miley kekal dengan imej sekarang.