Kita sedia maklum, Britney Spears seorang wanita yang berbakat besar – beliau penyanyi hebat yang merangkul pelbagai anugerah (walaupun sekadar lip sync), penari cukup bertenaga, ibu kepada dua orang anak lelaki dan kini mula terjerumus ke kancah dunia seni lukisan.
Tak percaya?
Wanita 35 tahun ini berkongsi video di laman Instagram, di mana dia sedang khushyuk melukis di laman rumah sambil memakai bra diiringi muzik klasik berserta kapsyen “Sometimes you just gotta play!!!!!! ???????????????????”. Comelkan Britney?
Kerana video ini, Britney Spears menjadi topik hangat dan meme di Twitter, bahkan ada yang menggelarnya Picasso, Vincent Van Gogh, Da Vinci dan pelbagai lagi pelukis tersohor.
Ini ikhlas ke ‘menganjing’?
https://twitter.com/RayBanzs/status/918940960234409984?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=http%3A%2F%2Fmashable.com%2F2017%2F10%2F14%2Fbritney-spears-painting-video%2F
next queen of museum of modern art
— Juan Perez (@helicoptero26) October 13, 2017
Bukan itu sahaja, ada setengah netizen berpendapat lukisan puteri pop ini agak ‘kebudakan’ dan langsung tiada nilai artistik. Tapi rasanya kalau dijual mesti bernilai jutaan ringgit. LOL!
Ini lukisan penuh artistik Britney Spears!
Apapun, mungkin ini cara Britney release tension dengan melukis.