Mengambil tempat di daerah kepulauan Perancis, Cote d’Azur juga dikenali sebagai French Rivera yang dikelilingi laut biru serta pemandangan permai, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia Berhad dan Pengasas Tune Group Sdn Bhd iaitu Tan Sri Tony Fernandes dikhabarkan sudah berkahwin dengan seorang gadis Korea bernama Chloe!
Pasangan dua sejoli itu dilihat mesra dalam sebuah foto, masing-masing menyarungkan busana perkahwinan serba ringkas.
Walau bagaimanapun, tidak banyak maklumat yang diperolehi berikutan perkahwinan mogul perniagaan itu dilangsungnya secara rahsia dan tertutup.
Menurut sumber, hanya teman rapat dan kaum keluarga terdekat menghadiri upacara perkahwinan tersebut termasuklah Pengerusi Air Asia dan Ketua Pegawai Eksekutif Tune Group, Datuk Kamarudian Maranun, Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dan mantan Menteri Perdagangan dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.