15 Oktober, pasangan pelakon tempatan Amar Baharin dan Amyra Rosli selamat menyambut kelahiran anak sulung di Pusat Perubatan Prince Court.
Mereka yang dikurniakan bayi lelaki sangat teruja tetapi masih lagi menjaga privasi dimana mereka tidak memuatnaik apa-apa gambar wajah anak mahupun nama.
Menurut dari sumber Utusan Malaysia, Amar dan Amyra mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah dan nama kerana mereka terikat dengan perjanjian eksklusif sebuah program televisyen. Selepas tamat program tersebut dan Amyra habis berpantang, baru mereka hendak mengumumkan nama bayi yang kini digelar #amyramarjr.
Amar juga memaklumkan, Amyra bersalin seminggu awal dari tarikh yang dijangka iaitu 25 Oktober. Keadaan Amyra dan bayi kini sihat dan bakal dibenarkan keluar wad pada keesokan harinya.
Gambar posting mereka tentang pengumuman kelahiran mendapat 145 ribu likes dan dihujani doa-doa dari para peminat.
Amyra dan Amar berterima kasih kepada para peminat yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan mereka.