Sedia dan mula! Lego kini membuka permainan paling ‘liar’ dan LEGOLAND Malaysia Resort merupakan taman tema LEGOLAND pertama di dunia menerima kehadiran roller coaster maya pada November 2017. Kemudian diikuti LEGOLAND Florida Resort dan LEGOLAND Deutschland Resort pada 2018.
Ianya roller coaster kombinasi teknologi maya yang diuruskan oleh Merlin Magic Making – sebuah syarikat global yang mereka spesifik pusat tarikan Merlin seluruh dunia. The Great LEGO Race akan mengubah tiga ‘Project X’ roller coaster yang memberi rasa teruja dan kejutan kepada kanak-kanak dan juga para ibubapa.
The Great LEGO Race diinspirasikan dari cara kanak-kanak bermain Lego di rumah. Memaparkan pelbagai figura Lego yang berwarna-warni dan popular untuk dipilih. Ianya sebuah perlumbaan dengan pelbagai cabaran yang dipandu oleh Trendsetter, Pharaoh, Surfer Girl, Wizard dan Pirate Captain termasuklah roket papan luncur, skuter bergaya yang menggunakan minyak espresso.
Peserta akan menggunakan set VR dan merasai sendiri pengalaman aksi dari setiap sudut dan persekitaran sekeliling yang diperbuat dari Lego.
The Great LEGO Race boleh dinaiki tanpa atau bersama set VR dan sesuai untuk kanak-kanak berusia 6 tahun keatas. Layari laman sesawang LEGOLAND Malaysia Resorts www.legoland.com.my.