Apa perkara yang terbaik anda lakukan ketika putus cinta ataupun ketika menghadapi saat sukar? Dengar lagu? Tidur? Tonton filem kegemaran? Keluar berhibur?
Pada penulis, makan adalah perkara paling the best, lebih-lebih lagi jika anda makan makanan yang baik malah membangkitkan mood.
1. Strawberi – Penuh dengan vitamin C dan flavonoid (antioksidan), membantu menjaga tubuh anda sihat. Malah, mampu menenangkan saraf anda.
2. Kacang – Badam, gajus, hazelnut, kacang tanah – semuanya tinggi dalam vitamin B, yang dikenali untuk meningkatkan mood seseorang dan secara amnya baik untuk kesihatan.
3. Daging – Daging merah kaya dengan protein yang meningkatkan tahap dopamine dan norepinephrine, membuat anda berasa lebih baik.
4. Ikan – Makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3, bukan sahaja baik untuk sendi dan fungsi kognitif, ianya juga baik untuk mengatasi kemurungan.
5. Kerepek – Makanan ringan adalah makanan yang sempurna, mudah dimakan dan sangat ketagihan. Tiada yang lebih baik daripadanya.
6. Pisang – Pisang adalah sumber yang sangat baik untuk tenaga serta trytophan yang mencetuskan pengeluaran serotonin, hormon baik yang meningkatkan mood anda.
7. Ais Krim – Tiada yang lebih baik daripada ais krim, dalam apa jua situasi sekali pun, ais krim pasti menjadi pilihan. Ais krim mampu menyejukkan anda ketika berada dalam keadaan panas.
8. Teh – Terutama teh hijau, baik untuk menenangkan saraf dan juga membantu seseorang mendapatkan tidur yang lena.
Cuba tenang dengan pilihan makanan ini okay!