Sekejap moody, happy kemudian jadi lapar nak marah pasangan. Serba tak kena diri ini bila dah masuk pusingan kitaran haid. Memang jauh dalam sudut hati tiada langsung hendak rasa hendak mara pada sesiapa tapi kepala ini asyik nak mencari salah orang sahaja. Lama-kelamaan boleh tuduh sebagai si psiko pulak!
Penulis percaya semua wanita pernah mengalami perubahan hormon bila waktu period semakin hampir bukan? Timbul persoalan kenapa semua ini berlaku dan rasa penat sangat nak mengamuk-ngamuk setiap bulan dengan alasan sebab period nak datang. Aaahh!
Jadi sebagai seorang wanita sejati, mari kita kenali apa itu hormon a.k.a sahabat baik anda!
#1 Penghantar mesej
Hormon ialah sejenis kimia yang menghantar isyarat pada badan. Ia dihasilkan dari kalenjar endkrine kemudian diserap kedalam darah untuk sel tisu dan badan. ‘Kuasa’ hormon memonopoli kesan pada badan termasuklah tumbuh pembesaran, mood. reproduksi, jadual tidur, lapar dan metabolism! Fungsi badan bergantung pada hormon dan bila hormon tidak seimbang, pelbagai masalah kesihatan boleh berlaku.
#2 Jangan salahkan hormon lagi
Kita sering menunding jari kepada hormon atas mood swing tapi hal yang sebenar ialah hormon moody terhasil dari sikap pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Cuna tukar gaya hidup yang lebih shat supaya dapat mengimbangi semula hormon.
#3 Craving?
Antara mesej yang selalu dihantar hormon kepada badan kita ialah rasa craving untuk makan. Tapi jangan sesekali terpedaya kerana rasa craving itu ialah mesej antonim. Ia bermain dengan hanya untuk memuaskan nafsu bukan rasa lapar. Jadi bila datang saat craving, cuba untuk anda tanya pada diri anda ‘Perlu ke anda makan aiskrim atau ini hanya untuk memuaskan nafsu?’ Cara paling terbaik mengatasi rasa craving ialah dengan melakukan aktiviti seperti senaman ringan, bersiar-siar atau sesuatu yang boleh memuaskan nafsu selain makan!
#4 Gula tak bagus untuk hormon!
Kalau datang rasa craving, biasanya kita mahu mengambil makanan atau minuman manis bukan? Sila elakkan kerana gula turut menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Kesannya mood anda mungkin bertambah swing atau menjadi terlalu aktif.
#5 Kurangkan pengambilan daging
Kenapa? Daging boleh meningkatkan kadar estrogen dalam badan wanita. Jika estrogen terlalu tinggi dalam badan timbul masalah seperti sukar menurunkan berat badan, air dalam badan rendah, perut buncit dan sakit kepala.
#6 Kafein no no!
Rupanya pengambilan kafein boleh menghasilkan kunci kepada stress hormon dipanggil cortisol. Bila hormon cortisol meningkat ia boleh menganggu waktu tidur dan berat badan. Jaga-jaga! Dari mengambil kafein cuba anda tukar kepada teh atau air lemon panas.
Amalkan perkara diatas untuk mendapatkan keseimbangan hormon dan tidaklah nak selalu moody!