Tidak pernah serik, itulah yang boleh dikatakan kepada Benjy atau nama sebenar Khaeryll Benjamin Ibrahim pelakon dan juga anak lelaki kepada Allahyarham seniwati Azean Irdawaty
Dia kini dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun pada Rabu semalam kerana cubaan menyeludup dadah jenis Metamfetamin (syabu) pada April lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu.
Paling menjijikkan, Benjy menyorokkan dua bungkus syabu seberat 14 gram tersebut didalam lubang duburnya.
Tambahan lagi, pelakon berusia 38 tahun itu juga harus membayar denda sebanyak RM31,2539 kepada Mahkamah Medan.
Indonesia antara negara yang paling tinggi undang-undang apabila melibatkan kes dadah dan individu yang ditangkap diatas cubaan menyeludup dadah boleh dihantar ke hukuman mati.
Namun Benjy, terlepas dengan hukuman mati dan hukuman penjara dikurangkan kepada 11 tahun berbanding 14 tahun selepas rayuan dari pendakwa raya.
Sebelum ini juga Benjy mengaku pernah didakwa kerana kes sama (dadah) di Malaysia sebanyak empat kali sekitar 2015.