Bila dah asyik makan nasi lemak dan roti canai hujung-hujung minggu rasa bosan pula. Bila masak sendiri kat rumah kadang-kadang asyik tak kena je… Jadi jom Wanista senaraikan beberapa lokasi sarapan pilihan yang menawarkan seleksi menu terbaik berkonsepkan hidangan hipster yang lebih santai dan moden.
#1 Fancy Breakfast Club
Agak tersorok di tingkat atas deretan blok rumah kedai yang menghiasi kesibukan kota Bangsar, Fancy Breakfast Club adalah sebuah kafe yang menyediakan aneka hidangan fusion enak sambil ditemani hiasan dalaman sensasi berkonsepkan ala hispter.
Kalau korang nak tahu, di sini ada menu lempeng dan sambal ikan bilis paling sedap penulis pernah rasa. Dari hidangan roti bakar, sandwich, sampailah ke English Breakfast dan cheese platter, semuanya disediakan dengan cara paling mewah, padan dengan anggaran harga setiap menu bermula RM21 hingga RM40.
Alamat: 6, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
No. Telefon: 03-2202 2020
Waktu Operasi: Selasa hingga Ahad (9 AM – 4 PM)
Facebook: [www.facebook.com/fancybreakfastclub]
#2 Pulp by Papa Palheta
Menyediakan kopi yang dibrew segar untuk peminat kopi tegar, lokasinya yang jauh daripada tempat yang dikerumuni orang ramai ini pastinya memberi seribu satu kelainan.
Biarpun tersorok di celah-celah kawasan perindustrian, Pulp by Papa Palheta menyediakan menu sarapan sesasi membuatkan pengunjung terasa seolah berada di kedai kopi kaki lima sekitar Manhattan.
Stail dekorasi kafe ini juga ringkas bersahaja bahkan sesuai dijadikan sebagai “port” melepak anda bersama teman di hujung minggu.
Alamat: 29-01 Jalan Riong, Kuala Lumpur, Malaysia 59100 (Bersebelahan NST)
No. Telefon: 03-2201 3650
Waktu Operasi: Selasa hingga Jumaat (9 AM – 7 PM) & Sabtu hingga Ahad (9 AM – 10 PM)
Facebook: [www.facebook.com/PULPbyPapaPalheta]
#3 Foodsbury
Sesuai untuk mereka yang sudah terlambat bangun dan mahu mengenyangkan perut dengan sarapan sekaligus makan tengah hari (brunch), sila jejakan kaki ke Foodsbury untuk kenikmatan berganda.
Pelbagai hidangan istimewa yang bakal menggugat keimanan dan nafsu anda di sini, ramai bersetuju bahawa Foodsbury adalah syurga makanan buat si lapar dan dahaga!
Anggaran harga adalah RM45 untuk dua orang.
Alamat: Wisma Faiz Azrina, No. 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A, Seksyen 9, Selangor, 40100 Shah Alam, Malaysia
No. Telefon: 03-55235213
Waktu Operasi: Selasa hingga Khamis (12 PM – 10.30 PM) Jumaat – Ahad (12 PM – 11 PM)
Facebook: [www.facebook.com/Foodsbury]
#4 Feeka Coffee Roasters
Tengok sekali mesti ramai yang fikir feeka ini adalah nama si tuan empunya kafe kan? Walhal tahukah anda bahawa “Fika” adalah perkataan Sweden yang membawa maksud ayat ajakan “Jom minum kopi”.
Bukan sahaja sedap, makanan kat sini memang hipster habis, dihidang dalam cara yang tersendiri membuatkan si pengguna Instagram pasti tak henti-henti merakam foto!
Alamat: 19, Jalan Mesui, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
No. Telefon: 03-2110 4599
Waktu Operasi: Setiap hari (8 AM – 11 PM)
Facebook: [www.facebook.com/feekacoffeeroasters]
#5 Breakfast Thieves @ Paper Plates
Mempunyai sebuah cawangan di Melbourne, kafe ini menyediakan berpuluh menu terbaik termasuklah sajian sarapan barat yang sensasi untuk perut dan Instagram anda!
Alamat: Lot M, 29-5, Jalan Riong, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
No. Telefon: 03-2788 3548
Waktu Operasi: Selasa hingga Ahad (9 AM – 5 PM)
Facebook: [www.facebook.com/breakfastthieveskl]
#6 Metal Box Restaurant & Cafe
Kalau korang suka makan sarapan berasaskan rasa manis dan kerangupan berjus daripada buah-buahan segar, korang memang wajib cuba bersarapan di sini!
Dengan kata, Metal Box ni memang pakar dalam penyediaan hidangan roti french toast (roti yang digoreng berasama telur dan susu).
Kalau hendak rasa kesedapannya, kena lah datang ke mari untuk berlagak seperti individu berjiwa hipster!
Alamat: G12, Empire Damansara, Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
No. Telefon: 016-226 8722
Waktu Operasi: Setiap hari (7.30 PM – 10 PM)
Facebook: [www.facebook.com/metalboxcafe]
#7 Nasi Lemak Tepi Jalan 1996
Nasi lemak memang enak tetapi apabila ia dihidangkan dengan lauk-pauk istimewa seperti ketam pasti lebih menyelerakan betul tak?
Saban hari pelanggan akan beratur panjang untuk makan nasi lemak di sini jadi, jangan ketinggalan untuk join the crowd!
Inilah kombo bruch paling mengenyangkan dan melazatkan terutamanya buat mereka yang sukak makan sajian berasaskan nasi.
Alamat: D1- 7, 28-G, Jalan Dutamas 1, Balakong, 43200 Cheras 9 Miles, Selangor, Malaysia
No. Telefon: 016-338 9736
Waktu Operasi: Setiap Hari (1 PM – 12 PM)
Facebook: [www.facebook.com/nltjcheras]
Selamat menjamu selera guys! ❤️