Triumph Malaysia melancarkan bilik persalinan mudah alih yang pertama di Malaysia. Dengan memanfaatkan tema ‘Mencari yang Satu’ atau ‘Find The One’, ia dapat menghidupkan semula pengalaman mencuba pakaian dalam untuk setiap wanita melalui bilik persalinan mudah alih.
Bilik persalinan mudah alih itu akan memulakan perjalanan pada bulan Oktober dalam usaha memastikan setiap wanita mendapat kesesuaian sempurna dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru dan Singapura untuk tempoh 3 bulan. Turut dijalankan pada masa yang sama adalah acara ruang legar untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memakai coli yang sempurna.
Melalui perkhidmatan bilik persalinan mudah alih ini, Triumph berhasrat menyediakan pengalaman kepada setiap wanita dalam mencari kesesuaian sempurna dan menemukan coli yang diinginkan untuk setiap keperluan mereka.
https://www.instagram.com/p/BadFRNwHamT/
Sempena pelancaran Bilik Persalinan Mudah Alih ini, Triumph juga akan melancarkan siri koleksi Hari Natal yang baru.