Hal mekap bukan suatu yang mudah ataupun sukar. Ia sebenarnya cukup dengan konsep faham, teliti dengan teknik dan yakin. Perkara asas yang paling penting dalam menyediakan sebuah mekap ialah bedak asas atau foundation. Pemilihan foundation yang paling sesuai dengan jenis dan warna kulit itu permulaan untuk mendapatkan mekap yang sempurna.
BACA: 5 Jenama Foundation Terbaik, Beli Di Farmasi Je!
Tidak semestinya jenis foundation sahaja yang dapat membantu mekap flawless, teknik untuk memakai foundation sangat membantu lebih lagi mengikut jenis berus yang rupanya ada kebarangkalian tidak sesuai dengan jenis kulit kita.
Mari kita kenali berus dan teknik memakai foundation paling kena dengan jenis kulit.
Berus jenis Stipple
Teknik: Berus stipple dapat beri hasil foundation sentuhan airbrushed. Guna berus ini dengan teknik gerakan bulatan secara lembut.
Sesuai: Untuk si kulit normal – berminyak.
Tidak Sesuai: Kulit kering. Ia akan meninggalkan kesan bercapuk kerana berus jenis ini sedikit kasar dan mempunyai kesan mikro-pengelupasan.
Berus jenis Flat Foundation
Teknik: Langkah paling tepat menggunakan berus flat foundation ialah dengan berus foundation atas ke bawah untuk keseluruhan muka. Kemudian pat bahagian luar atau sisi lebihan foundation untuk hasil yang lebih mengagumkan.
Sesuai: Semua jenis kulit.
Berus jenis Flat-Top Kabuki
Teknik: Berus ini sesuai untuk mereka yang mahukan full coverage look. Letakkan foundation dibelakang tangan kemudian titipkan foundation pada hujung berus, seterusnya sapu di seluruh wajah. Lakukan dengan gerakan bulatan.
Sesuai: Untuk si kulit normal – berminyak.
Tidak Sesuai: Kulit kering. Kesan dari gerakan berus boleh beri kesan bercapuk pada kulit kering.
Berus jenis Fluffy Foundation
Teknik: Berus ini sesuai untuk mereka yang mahukan full coverage look. Letakkan foundation dibelakang tangan kemudian titipkan foundation pada hujung berus, seterusnya sapu di seluruh wajah. Lakukan dengan gerakan bulatan. Berus ini beri hasil foundation tampak lebih semulajadi.
Sesuai: Semua jenis kulit.
Beauty Blender
Teknik: Jika anda mahukan hasil foundation tampak semulajadi dalam apa jua litupan gunakan beauty blender atau span mekap. Pastikan anda basahkan sedikit beauty blender kemudian sapukan foundation pada seluruh wajah dengan gerakan bouncing (melantun). Teknik ini beri kulit dan foundation bersatu dan flawless!
Sesuai: Semua jenis kulit terutamanya kulit kering.