Kalau dekat Malaysia, kediaman sebegini hampir bernilai lebih RM1 Juta, lebih-lebih lagi jika terletak di lokasi strategik di tengah Kuala Lumpur.
Tahukah anda bahawa pangsapuri Hanwha Galleria Foret ini menjadi pilihan kebanyakan artis Korea?
Pangsapuri mewah ini terletak di timur Seoul, bersebelahan dengan Seoul Forest, terdiri daripada dua buah bangunan yang mempunyai 45 tingkat setiap satu.
Dilaporkan banyak selebriti Korea hebat yang tinggal di sini, antaranya G-Dragon, Kim Soo Hyun, Lee Soo Man dan juga Han Ye Seul!
Pangsapuri ini menawarkan pemandangan Sungai Han, Menara Namsan dan juga Lotte World Tower. Mengupah arkitek Perancis berkelas dunia Jean Nouvel untuk mereka bahagian dalam pangsapuri, kebanyakan setiap unit menelan kos sekurang-kurangnya $1 juta.
Jika sudah mewah sebegini, pasti keselamatannya juga terjamin. Jadi, tidak hairanlah ramai selebriti memilih untuk tinggal di sini.