Nampaknya tahun ini memang memang musim menimang anak untuk bintang bola sepak Cristiano Ronaldo. Baru sahaja menimang dua cahaya mata kembar pertengahan tahun lalu. Kini, kekasihnya pula sudah mengandung lapan bulan!
BACA: Comel Sangat! Cristiano Ronaldo Tayang Gambar Anak Kembar
Pasangan kekasih ini muncul bersama anak lelaki sulung mereka Cristiano Jr di Fifa’s Best Awards di London. Bintang bola sepak Real Madrid ini muncul sebagai penerima anugerah Player of the Year mengalahkan pesaing terdekat Lionel Messi dan Neymar.
Paling mencuri perhatian bila penampilan keluarga muda ini tampil di acara karpet merah. Seperti biasa Cristiano dan Cristiano Jr kacak dengan sepersalinan sut, manakala si ibu mengandung Georgina Rodriguez anggun dengan busana satin metalik dan kasut tumit tinggi Giuseppe Zanotti.
Walaupun sarat mengandung lapan bulan, Georgina masih lagi kelihatan gagah mengikut teman lelakinya sebagai tanda sokongan di acara tersebut. Baru sahaja berumur 23 tahun, Georgina bakal melahirkan anak keempat untuk keluarga besar dia bersama Cristiano Ronaldo.
Pasangan kekasih ini dikatakan bertemu di sebuah parti VIP Dolce & Gabbana, kemudian mereka sering kali keluar bersama dan keluar secara umum sebagai pasangan kekasih ketika melawat Disneyland di Paris.
Baru sahaja setahun bersama, Cristiano pernah meluahkan hasrat untuk memiliki 7 orang anak!