Pelancaran kempen beli-belah dalam talian akhir tahun 11street – ‘Shocking? YES!’ baru-baru ini menyaksikan kerjasama dengan ribuan jenama terkenal tempatan dan antarabangsa, – untuk memperkenalkan 100,000 tawaran harga terendah yang dijamin dan perkhidmatan penghantaran percuma untuk pembelian melebihi RM29 mulai 1 November 2017 sehingga 31 Disember 2017.
Sepanjang tempoh kempen, para pengguna akan menikmati rangkaian produk daripada jenama-jenama global yang mengambil bahagian, khususnya Globalegrow (sebuah jenama tersenarai awam di Bursa Saham Shenzhen dengan pemodalan pasaran melebihi AS$3 bilion), Anker dan Aukey (penjual terkemuka Amazon di peringkat global dalam kategori pengecasan peranti, barangan elektronik serta aksesori teknologi mudah alih di lebih 20 negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah), Hada Labo (losen wajah No. 1 di Jepun – dengan satu botol terjual pada setiap dua saat), OLENS (pembekal kanta kosmetik No. 1 di Korea), MamyPoko, Samsung dan pelbagai lagi.
Jenama-jenama lain yang turut mengambil bahagian termasuk Banila Co., Bluelans, Banggood, Caring Pharmacy, CJ WOW Shop, Courts, Lotte, Mamonde, Nongshim, Skechers, Tesco, UEB Technology dan lain-lain.
Bukan itu sahaja, “Seiring dengan peningkatan pembelian dalam talian pada musim jualan akhir tahun, 11street turut menjangkakan peningkatkan sebanyak 50% dalam nilai dagangan kasar (GMV) dan tempahan dagangan merentasi sempadan kami. Kempen ‘Shocking? Yes!’ disasarkan untuk mengubah definisi pembelian dalam talian dengan menawarkan pelanggan lebih banyak kepelbagaian dan promosi yang mengujakan.
Sebagai pasaran dalam talian nombor 2 di Malaysia, portfolio perniagaan 11street kian
berkembang dan kini mempunyai lebih daripada 40,000 penjual dengan lebih 13 juta produk
tersenarai pada kadar purata 16 juta kunjungan sebulan.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.11street.my] atau lawat laman Facebook rasmi 11street di [www.facebook.com/11street.my].