Menerusi sokongan dari pelanggan setia, Sports Direct Malaysia membuka stor lima tingkat terbaru di Bukit Bintang. Sejak memasuki pasaran Malaysia pada 2011 lalu, kini Sports Direct teguh dengan 28 stor dimana banyak membantu dalam menyediakan kelengkapan sukan.
Tidak sahaja menawarkan pelbagai kelengkapan sukan berjenama dan berkualiti malah harga yang ditawarkan juga berpatutan. Ia dapat mengisi keperluan dan kemahuan semasa pelanggan dari golongan aktif bersukan.
Pembukaan stor terbaru di Bukit Bintang beri sedikit kelainan dari stor yang lain dimana terdapat sebuah gim ditingkat atas stor tersebut. Dimana pelanggan boleh menyertai kelas gim sempena Workout Day kerjasama bersama Bulan Sukan Kebangsaan pada 21 Oktober hingga 29 Oktober 2017.
Rekaan dalaman stor baru ini juga memberi kemudahan untuk pelanggan mencari seleksis pilihan dari segi pakaian, kasut dan peralatan sukan. Pelanggan berpengalaman merasai membeli-belah seperti stor Sports Direct di UK. Sports Direct juga terdapat secara atas talian menerusi Lazada sebagai langkah mereka untuk membuka SportsDirect.com seterusnya.
Untuk lebih banyak lagi tawaran menarik Sports Direct Malaysia layari www.sportsdirect.com.my atau Facebook Sports Direct Malaysia. Juga ikuti laman Instagram @sportsdirectmsia dan Twitter @SportsDirectMY.