Pada anda yang mengikuti perjalanan kisah persahabatan Demi Lovato dan Selena Gomez pasti tahu tentang kontroversi mereka putus kawan pada 2014. Ramai yang menuduh Taylor Swift penyebab Selena berpaling arah dan meninggalkan Demi untuk mengadakan squad baru.
Penulis masih teringat lagi dimana Demi pernah menjerit kepada seorang paparazzi apabila ditanyakan tentang Selena. Mudah sahaja jawapan Demi, ‘ask Taylor!’
Ketika itu tidak disangkal lagi persahabatan yang dijalin sejak zaman Barney & Friends telah putus. Lebih menarik apabila Demi Lovato mula unfollow Selena Gomez di Twitter pada 2014.
Hashtag #Delena kembali menjengah ke laman sosial apabila dilihat Selena Gomez dan Demi Lovato kembali bertemu dan bergambar bersama di majlis Instyle Awards semalam. Mereka berdua tampil mesra dan seolah-olah telah melupakan apa yang telah berlaku sebelum ini.
Mungkin ramai yang tidak tahu, Julai lepas Demi telah kembali ‘menghubungi’ Selena dengan meninggalkan pujian tentang lagu baru Selena, Fetish.
.@selenagomez Loving your new song Fetish, we've come a long way since our Barney days 😝💗
— Demi Lovato (@ddlovato) July 14, 2017
Kemudian diikuti dengan Selena pula yang meninggalkan komen di laman Instagram Demi tentang dokumentari baru Simply Complicated milik Demi Lovato.
Selena ha empezado a seguir a Demi en IG y ha comentado su última publicación (vía selenanoticed) pic.twitter.com/GbKGqh0sbJ
— Selena Gomez Spain (@SelGomez_es) October 18, 2017
Seronok bila dua sahabat terpisah ini akhirnya kembali menyokong kerjaya satu sama lain. Masa telah mematangkan mereka berdua. Diharapkan persahabatan #Delena kembali erat seperti dahulu.