Bagi wanita penampilan itu penting. Disebabkan itu, wanita menitik beratkan soal penampilan ketika berdandan dan berhias. Malah, mereka mengambil masa yang lama ketika bersiap dan tidak akan keluar sembarangan.
Walaubagaimanapun kerana 8 sebab ini, wanita juga berasa tidak cantik malah yakin untuk berdepan dengan orang sekeliling.
Kami senaraikan mungkin ada yang betul dan mungkin ada yang tidak setuju dengan senarai kami.
Wanita merasa diri tidak cantik pada hari Isnin dan Ahad
Kenapa? Kebanyakan wanita sibuk menguruskan kehidupannya di hari minggu. Misalnya menguruskan rumah tangga yang tidak sempat dilakukan ketika hari bekerja. Sementara hari Isnin, tidak semua wanita siap menghadapi tekanan ‘I hate Monday’ ataupun ‘Monday Blues’.
Wanita merasa hodoh ketika bangun tidur
Ada yang memiliki kecantikan semula jadi dan bila bangun tidur juga sudah sememangnya cantik tetapi tidak semua kelihatan cantik ketika bangun tidur. Disebabkan itu rutin penjagaan kulit di malam hari sangat diperlukan supaya keesokan harinya anda kelihatan segar dan glowing.
Wanita berasa diri tidak cantik ketika sedang sakit
Bila sedang sakit, wanita tidak fikir soal penjagaan muka. Malah, wanita nampak lebih ‘jujur’ dengan wajah mereka ketika sedang sakit.
Ketika berpeluh juga wanita merasa diri mereka hodoh
Keringat serupa dengan bau badan dan nampak kurang enak dipandang mata wanita. Tidak semua wanita suka dengan penampilannya yang berpeluh. Namun bagi beberapa lelaki, wanita yang berpeluh kelihatan seksi di mata mereka. Walaubagaimanapun, tidak tahu di mana kebenarannya.
Wanita rasa diri mereka tidak cantik ketika tekanan
Ya, bila sedang dalam keadaan tekanan, wanita memilih untuk mengelak daripada sekeliling. Masa untuk bersendirian. Kerana saat itulah wanita tidak boleh menyembunyikan wajah jengkel, wajah tepu dan wajah lelah mereka.
Ketika sedang menangis
Yang pasti tidak semua wanita yang menangis punya wajah melankolis seperti aktres, yang sentiasa cantik menawan walaupun ketika sedang menangis. Disebabkan itu, ramai wanita yang menyembunyikan air mata mereka. Menangis ketika sedang sendirian.
Hodoh ketika dalam keadaan kesibukan
Dalam keadaan yang sibuk, anda mungkin tidak ambil berat soal penjagaan dan penampilan. Fikiran anda hanya memikirkan tentang soal kerja, kerja dan kerja sahaja.
Bila jerawat naik di muka
Rasanya tak perlu dijelaskan lagi kenapa ini antara alasan wanita berasa tidak cantik. Jerawat menyebabkan seseorang menghadapi tekanan, kurang keyakinan, moody dan pelbagai lagi perasaan negatif.
- Foto – Tumblr
Sekarang tak perlu sedih-sedih okay. Cuba tenangkan diri, banyakkan berdoa!