Pasangan selebriti Korea pujaan ramai, Rain dan Kim Tae-hee khabarnya sudah dikurniakan cahaya mata perempuan semalam!
Berita gembira tu dikongsikan sendiri oleh aktor dan penyanyi itu menerusi sebuah posting di akaun Instagramnya.
Rain yang pernah tersenarai sebagai “100 Orang Paling Berpengaruh” tahun 2006 dan 2011 menggambarkan buah hati barunya itu sebagai “puteri cantik”.
https://www.instagram.com/p/Bap88f7HACE/
“Terima kasih… [Bayi itu] adalah seorang puteri cantik ~ Kami akan membesarkan bayi ini agar dia menjadi insan terbaik yang boleh membantu dunia. #Bersyukur”.
Rain dan Kim Tae-hee disatukan dalam sebuah upacara perkahwinan tertutup yang serdahana pada awal Januari lalu.
Sehingga kini foto yang memperlihatkan sarung kaki bayi perempuan itu telah mendapat lebih 118 ribu likes bahkan dibanjiri 1001 mesej dan ucapan tahniah daripada peminat buat Rain dan isterinya!
Nota kaki: Ha, mesti ramai tak sabar nak tengok wajah bayi Rain ni kan?