Musim Krismas kembali dengan pelbagai barangan terbaik dari Sephora!
Tahun ini, Soap & Glory bakal menghangatkan jiwa anda dengan pelbagai koleksi barang mandian, merangkumi penjagaan badan dan kosmetik yang lebih berkelas. Setiap satunya pasti menepati cita rasa pengguna wanita yang semakin trendy dan versatile.
https://www.instagram.com/p/Basgwd3H8vt/?taken-by=wanistadotcom
Khusus bagi mencipta pengalaman mandi menyeronokkan, Soap & Glory membawakan satu lagi set edisi terhad terdiri daripada lima barangan eksklusif termasuklah Clean On Me moisture shower gel, Scrub of Your Lift bodu buffer, The Righteous Butter body moisturizer, Hand Food hydrating hand cream serta Rich & Famous dan Sugar Crush body wash.
Pilihan terbaik untuk dijadikan bingkisan unik buat teman-teman mahupun kaum keluarga sempena sambutan Hari Natal 2017, Soapers Heroes edisi istimewa ini dibungkus rapi dalam kotak tin serba mewah yang diinspirasikan menerusi elemen vintaj retro.
Antara set hadiah lain daripada koleksi musim Krismas 2017 oleh Soap & Glory adalah termasuk Wash Upon A Star, The Lime Life, The Zest A Girl Can Get, Glow Maintenance, It’s A Calendar; Girls, Pink Big dan Get A Smooth On.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.soapandglory.com] atau lawat Facebook Sephora Malaysia di [www.facebook.com/sephoramalaysia].