H&M terusan meluaskan empayar dengan pembukaan gedung fesyen di IPC Shopping Centre, Petaling Jaya pada 3 November 2017 dan Bintang Megamall, Miri pada 9 November 2017. Kedua-dua gedung fesyen akan membuka pintu pada jam 12 malam pada tarikh pembukaan masing-masing.
Sempena pembukaan di IPC Shopping Centre, 200 pelanggan pertama dalam talian akan menerima beg tote H&M dan berpeluang untuk memenangi baucer bernilai sehingga RM500 dalam cabutan bertuah. Terdapat juga baucar membeli-belah bernilai RM50 untuk peminat yang beratur pada hari pembukaan.
Manakala di Bintang Megamall, Miri, 100 pelanggan pertama dalam talian akan menerima beg tote H&M dan baucer membeli-belah bernilai RM80. Yang datang beratur pula akan menerima beg tote H&M dan baucer RM50. Seorang pemenang cabutan bertuah pula akan menerima baucer membeli-belah bernilai RM500 daripada 150 pelanggan pertama dalam talian.
Semua baucer hanya sah pada hari pembukaan dan di H&M IPC Shopping Centre dan Bintang Megamall sahaja.