Selain kulit berminyak, masalah kulit kering adalah normal dalam kalangan wanita Asia namun, jika tidak dipantau dan dijaga dengan baik, kulit mungkin menjadi lebih parah sehingga berlakunya radang, pengelupasan serta menjejaskan penampilan yang boleh membuatkan seseorang berasa malu.
Diramu dengan 100% beras putih yang mengambil masa selama 90 hari untuk diekstrak, serum inovasi One by Kose mengandungi Rice Power No.11 dimanfaatkan sebagai bahan yang mampu memulihkan kekeringan kulit serta melambatkan proses penuaan. Ia juga mampu meningkatkan daya tahan kulit.
Selain ekstrak beras, ia turut diperkaya dengan ekstrak Acti-rize Yeast yang menggalak pembaharuan sel sihat dalam kulit.
Tonton Komersial Pengenalan One By Kose
Jangan biarkan kulit rosak dipengaruhi faktor cuaca ekstrem serta tabiat penjagaan kulit yang tidak sempurna. Pengunaan serum ini sememangnya mampu mengunci kelembapan kulit dibantu elemen ceramide untuk menghalang penuaan secara semula jadi.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.kose.com.my/ONE-BY-KOSE]
https://www.instagram.com/p/BasxsaUnm7p/?taken-by=wanistadotcom
Harga untuk serum One By Kose (60ml) adalah RM218. Boleh dapatkannya di semua kaunter KOSE yang sah seluruh Malaysia sekarang!