Alangkah indahnya dapat menghabiskan cuti bersama keluarga tercinta di lokasi yang jauh daripada hiruk-pikuk kesibukan kota! Jika di hotel, fasiliti agak terhad dan privasi juga kurang. Oleh itu, Wanista mahu mencadangkan beberapa lokasi villa yang menawarkan sewa RM2000 ke bawah satu malam khas buat individu yang mahu bercuti secara berkumpulan pada harga rendah.
#1 Eastern Pavilion Boutique Resort & Spa, Cherating
Terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia, resort di Cherating ini terdiri daripada 12 buah rumah tradisional Malaysia, dan diberi nama negeri-negeri di Malaysia. Dengan keluasan 2.6 ekar, resort ini terletak berhadapan dengan Laut China Selatan, dan memberikan pemandangan yang amat menarik. Hiasan dalaman setiap rumah menampilkan gabungan rustik dan unsur tradisional Melayu dengan kemudahan moden.
Alamat: Lot 1303, Mukim Sungai Karang, 26080 Cherating
No. Telefon: 09-581 9500
Laman Web: www.holidayvillahotels.com
#2 Felda Residence Hot Spring, Sungkai
Felda Residence Hot Springs, Sungai Klah, menjadi destinasi pilihan ramai disebabkan tawaran jakuzi air panas di setiap villa dengan harga mampu milik. Dengan pemandangan gunung-ganang dan langit yang membiru, residen ini menawarkan villa 1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik. Air panas disalurkan daripada kolam geoterma semulajadi. Anda juga boleh melawat kolam air panas yang lebih besar berhampiran residen ini.
Alamat: FELDA RESIDENCE HOT SPRINGS 35600 Sungkai, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
No. Telefon: 05-438 8802
Laman Web: www.feldatravel.com.my
#3 Grand Lexis, Port Dickson
Grand Lexis adalah tempat percutiaan dalam suasana resort. Setiap villa di hotel ini dilengkapi kolam air peribadi yang dihiasi dengan lanskap menarik. Anda juga ditata dengan pemandangan Selat Melaka yang membiru. Dengan keluasan minima sebanyak 76.74 meter persegi, harga terendah tanpa sarapan adalah sekitar RM700 semalam.
Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
No. Telefon: 06-653 2000
Laman Web: www.grandlexispd.com
#4 Tropika Getaway at Rainforest Sanctuary, Pahang
Merupakan tempat untuk menikmati pemandangan yang indah dengan udara segar dan cahaya matahari sepanjang tahun. Diadun dengan kehijauan alam semula jadi, kicauan burung-burung liar pada waktu pagi dan pemandangan Genting Highlands yang memukau dari balkoni, vila yang terletak kira-kira 2200 kaki dari aras laut ini akan menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Alamat: 65, 2, Taman Puncak Rimba,, Jalan Rimba, Genting Sempah, 28750 Bentong, Pahang
No. Telefon: 03-8076 8889
Laman Web: www.facebook.com/tropikagetaway
#5 Villa Tanjung Wan, Belum Rainforest Resort, Gerik
Terletak di dalam dusun tebal hutan tropika, Villa Tanjung Wan adalah sebuah rumah percutian yang menerapkan elemen keterbukaan dan privasi. Rumah ini direka dengan konsep terbuka bagi merasai suasana tropika di luar rumah, tetapi pada masa yang sama masih mengekalkan privasi dan keselamatan. Vila ini menggunakan pengudaraan yang hutan semula jadi, tetapi memerlukan hawa dingin apabila ditutup. Konsep santai dan tidak formal mencerminkan tradisi asia yang kontemporari, moden, dan segar.
Alamat: Belum Rainforest Resort, Pulau Banding, 33200 Gerik, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
No. Telefon: 05-791 6800
Laman Web: www.belumrainforestresort.com
#6 Villa Samadhi, Kuala Lumpur
Villa Samadhi bukannya villa percutian yang biasa. Terletak di tengah kota, dengan pemandangan pencakar langit yang memukau, anda bakal tidak percaya dengan keindahan villa ini. Bilik-biliknya dilengkapi dengan katil yang empuk, bilik mandi yang luas, plunge pool yang terbuka dan balkoni persendirian. Tidak seperti hotel-hotel 5 bintang yang lain, villa ini unik sebagai sebuah villa yang kecil di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, dan setiap bilik menampilkan karakter tersendiri. Harga bermula daripada RM720 untuk satu malam.
Alamat: Persiaran Madge, Taman U Thant, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-2143 2300
Laman Web: www.villasamadhi.com.my
#7 Sekeping Tenggiri @ Bangsar, Kuala Lumpur
Kumpulan Sekeping Retreats membawakan Sekeping Tenggiri yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur. Jika dilihatkan pada gambar, agak sukar dipercayai bahawa banglo 7 bilik ini betul-betul terletak di tengah kota. Menawarkan konsep banglo dalam hutan, Sekeping Tenggiri sememangnya mampu menambat hati sesiapa sahaja yang berkunjung.
Alamat: No. 48, Off Kuala Lumpur, Jalan Tenggiri, 59100 Kuala Lumpur
No. Telefon: 017-2075977
Laman Web: www.sekeping.com
#8 Dream World Resort @ Kundasang, Sabah
Merupakan satu tempat percutian di tengah-tengah awan. Dibina di puncak bukit yang menyegarkan dengan pemandangan Gunung Kinabalu yang sangat mengagumkan, disertakan pemandangan panorama Kundasang yang sering diselaputi awan berkabus, menjadikan ia tempat ini seolah-olah syurga di atas bumi.
Alamat: Jalan Mesilau Golf Club, 89703 Kundasang, Ranau, Sabah
No. Telefon: 011-29889733
Laman Web: www.dreamworldkundasang.com
Selamat bercuti! ❤️