Untuk meraikan parti Halloween, setiap selebriti sanggup bertungkus lumus mencari kostum terbaik, sebagai contoh Kim Kardashian memilih menjadi penyanyi sensasi Cher, Heidi Klum pula tidak pernah kalah mengenakan kostum paling gah malah dia dianggap ‘Halloween Queen’.
Baca: 10 Kostum Paling Ikonik Bukti Supermodel Heidi Klum “Halloween Queen”
Tidak terkecuali EXO Chanyeol yang juga berhabisan untuk Halloween pada tahun ini. Bayangkan Chanyeol sanggup membelanjakan wang sebanyak AS$11,500 (RM49,000) demi memiliki kostum Iron Man untuk dipakai pada akhir 31 Oktober ini.
Dilaporkan, Chanyeol membeli kostum itu pada September lalu dan peminat berjaya merakamkan dia mencuba kostum itu sebelum membuat pembelian.
Chanyeol bakal mengenakan kostum itu pada majlis sambutan Halloween yang diadakan oleh syarikat pengurusannya, SMTOWN.