Malam semalam menyaksikan pembukaan konsert pertama rancangan realiti nyanyian Gegar Vaganza musim keempat secara langsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil. 12 peserta dari bintang ternama telah berentap iaitu Aqasha, Hazami, Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Haida, Raja Azura, Lan Kristal, Tia Jinbara, Firman Siagian, dan Ferhad dengan menampilkan lagu-lagu popular mereka sebelum ini.
Seperti biasa penampilan setiap bintang juga buat penonton semakin teruja untuk menonton. Lebih-lebih lagi setelah sekian lama tidak melihat penyanyi pujaan mereka membuat persembahan secara lagsung.
Apa yang paling menarik perhatian peminat di laman sosial ketika acara Gegar Vaganza ialah busana biru Liza Hanim yang memukau pandangan.
Sangat cantik bukan?! Warna biru diraja dihiasi dengan fabrik kilatan yang menyerlahkan lagi aura seorang bintang. Busana bak puteri ini direka khas oleh pereka fesyen tempatan Jimmy Couture.
https://www.instagram.com/p/Ba1PpHVjgt4/?taken-by=jimmycouture
Ramai peminat yang memuji dengan pilihan busana oleh penyanyi Siapa Sangka Siapa Menduga ini.
https://twitter.com/ainlynnz/status/924624655356370944
Wehhh bapak lawa baju liza hanim 😍😍😍 lawaaa sangat . Hehe #gegarvaganza4
— ZettyZyrex (@zettyzyrex1) October 29, 2017
https://twitter.com/dianarena/status/924631487617540096
https://twitter.com/NSyuhadaMansur/status/924631253919326208
Cantiknya baju liza hanim. Macam pwincess ngat.
— lingling (@esyiqinelias) October 29, 2017
Memang tak dinafikan busana biru gelap oleh Jimmy Couture paling menyerlah pada malam tersebut. Tak sabar untuk lihat penampilan Liza Hanim untuk persembahan akan datang. Siapa disini rooting for Liza Hanim?!