Vokalis kumpulan Maroon 5 baru-baru ini membuatkan ramai orang tidak mengenalinya sewaktu menghadirkan diri di parti sambutan Halloween kerana mengenakan pakaian menyerupai perempuan seksi .
Lain daripada yang lain, kostum itu digayakan serba lengkap dari hujung rambut hingga hujung kaki berserta rambut palsu merah jambu, stokin jaring, kot bulu, mini skirt corak kulit zebra dan camisole renda bercetak kulit harimau bintang.
“Saya memunggah almari pakaian isteri saya,” tulisnya sebagai kapsyen di sebuah foto yang dimuat naik ke akaun Instagramnya kelmarin.
“Ternyata memakai pakaian perempuan adalah BUKAN perkara mudah. Saya amat menghormati mereka,” tambahnya.
Bintang rock pujaan ramai itu dilihat menghadiri Casamigos Halloween Party 2017 bersama isterinya, Behati Prinsloo yang kini sedang sarat hamil anak kedua jumaat lalu.
Antara selebriti lain yang menyertai parti Halloween itu adalah Kim Kadarshian, Rachel Zoe, Kaia Gerber bersama ibunya Cindy Crawford dan ramai lagi.