Big Bad Wolf Books!!!
Anda dah bersedia untuk jualan buku tahunan paling murah, paling masyuk di Malaysia? Kini, Big Bad Wolf Books kembali lagi dengan buku baru lagi menarik lagi pelbagai dengan potongan sehingga 75% – 95%.
Big Bad Wolf Books menawarkan pelbagai jenis genre buku seperti fiksyen, bukan fiksyen, kesusasteraan, kesusasteraan kanak-kanak, masakan, kembara, motivasi dan pelbagai lagi barangan eksklusif ada di sana.
Pada tahun ini, Big Bad Wolf Books menjanjikan pengalaman baru di Mines International & Convention Centre (MIECC) dari 8 hingga 17 Disember dan ianya berlangsung 24 jam selama 10 hari.
Jika anda jenis yang kaki buku, jangan sesekali lepaskan peluang keemasan ini.
Info lanjut, boleh semak Facebook Big Bad Wolf Books.