Sakit pelupa bukan sahaja menyakitkan hati sendiri malah hati orang lain. Sering terlupa tarikh-tarikh penting dan kadangkala barang yang baru sahaja letak 5 minit sudah lupa tempat letaknya. Masalah lupa sering dikaitkan dengan orang sudah berumur tapi kini orang muda juga mudah terjebak dengan lupa.
Ianya bukanlah sesuatu yang serius, namun jika sering berlaku ia boleh menjejaskan aktiviti harian dan lambat laun kesihatan mental anda.
Kenali punca utama anda jadi pelupa
#1 Tidak cukup tidur
Sama juga dengan tidur yang tidak nyenyak, ia boleh beri gangguan kepada memori kerana otak dan saraf tidak mendapat rehat yang berkualiti.
#2 Sering tertekan
Mudah tertekan, panik dan selalu bersedih sebenarnya tidak baik untuk kesihatan mental. Ini kerana ia beri tekanan pada otak sehingga proses untuk mengingat menjadi sukar.
#3 Tubuh kurang oksigen
Oksigen boleh didapati dari bernafas dan pengambilan air putih yang mencukupi. Otak yang kurang oksigen menyebabkan tubuh menjadi lemah dan pemikiran juga tidak cerdas.
#4 Malas berfikir
Jangan terkejut, sikap dari sambil lewa dan malas berfikir boleh beri menumpulkan fikiran. Sekaligus menyebabkan aktiviti sel otak menjadi lemah
#5 Merokok
Sudah umum tahu, merokok beri kesan buruk pada organ utama seperti jantung dan paru-paru. Tidak kiralah anda perokok tegar atau pasif, kesan dari merokok juga memperlahankan kecerdasan otak.
Terdapat banyak cara untuk memperbaiki ketajaman minda anda, salah satunya dengan membaca. Dari membaca otak bekerja untuk mengingat apa yang dilihat, difahami dan dilakukan. Selain itu cuba untuk fokus dalam mempersiapkan satu tugas.
Paling penting ialah dapatkan rehat yang secukupnya untuk beri rasa segar kepada otak. Jika anda terlalu banyak sangat perkara yang perlu disiapkan, apa kata gunakan buku catatan untuk mencatit perkara yang terbatas untuk ingat. Lebih mudah sekarang, di telefon pintar terdapat pelbagai aplikasi untuk catatan nota bukan?
Bila anda mula terasa lupa, jangan panik dan cuba tarik nafas dalam kemudian hembus perlahan-lahan. Apabila anda berada dalam keadaan tenang dan positif. Insha Allah, benda yang anda terlupa pasti boleh diingat semula.