Berkolabrasi bersama Susan G. Komen, Timberland telah melahirkan produk ikonik mereka yang ke-6 iaitu but kalis air untuk menunjukkan sokongan terhadap program dan penyelidikan dalam melawan kanser payudara.
Dilaporkan di Malaysia sahaja dianggarkan seramai 5,000 orang pesakit yang disahkan menghidap kanser payudara pada setiap tahun, manakala seramai 1.6 juta orang merupakan jumlah pesakit bagi seluruh dunia.
Kekuatan dan ketahanan but Timberland telah melambangkan kekuatan yang harus dimiliki oleh setiap pesakit dan juga ahli keluarga mereka. Dengan warna merah jambu terang, dalaman yang dicetak serta tali kasutnya yang berwarna merah jambu sudah pastinya akan menarik perhatian.
Syarikat Timberland dengan bangganya memberi sokongan mereka terhadap Susan G. Komen di atas hasil kerja beliau di dalam mencetak logo di atas but bersama dengan kepingan logam yang terletak berhampiran kaki.
Sepasang but bernilai RM899 Dan boleh didapati dia stokis Timberland di seluruh dunia.